Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

pertemuan biasa

(untuk seseorang yang pernah aku puja dalam diam)

dalam kekalutan dunia baru
kau hadir bagai kabus
kabur namun terasa
sejuk lagi berbisa

hanya tshirt ringkas bersama beg galas
kau buat aku penasaran
siapa jejaka itu?
lalu ku simpan kemas dalam ingatan
siapa jejaka itu ya?

tahun berganti
kau mengungkapkan salam di telingaku
singkat namun bermakna
mungkin hanya sekadar usikan biasa
bagi jejaka sepertimu
namun kuat membekas di jiwaku
kini segalanya tentang dirimu tersingkap
sedikit demi sedikit
dan tahun itu penuh dengan babak-babak tentang dirimu
aku berbunga bahagia
walau kau sudah berpunya

tahun akhir bergelar anak kampus
terasa berat dan sayu
cerita indahku bakal menemui penamatnya
dalam keributan aku menghadapi tesis dan viva
yang penuh dugaan
kau tiupkan semangat
kau buatku senyum penuh ceria
menjadikan aku penghuni lantai paling setia

kini aku tinggalkan dunia kampus
tanpa ceritera indah dan mengasyikkan
malah kadang mengalir air mata
kerana kau jejaka
betapa aku perlu berdepan realiti

namun terima kasih wahai jejaka
kerana pertemuan biasa itu
kini menjadi kenangan indah dalam ceritera sepiku

You know why shrek is the best fairy-tale? Shrek teaches us that imperfect people can still have their own happy ending.


HOTTEST ♡ 2PM