Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

pertemuan biasa

(untuk seseorang yang pernah aku puja dalam diam)

dalam kekalutan dunia baru
kau hadir bagai kabus
kabur namun terasa
sejuk lagi berbisa

hanya tshirt ringkas bersama beg galas
kau buat aku penasaran
siapa jejaka itu?
lalu ku simpan kemas dalam ingatan
siapa jejaka itu ya?

tahun berganti
kau mengungkapkan salam di telingaku
singkat namun bermakna
mungkin hanya sekadar usikan biasa
bagi jejaka sepertimu
namun kuat membekas di jiwaku
kini segalanya tentang dirimu tersingkap
sedikit demi sedikit
dan tahun itu penuh dengan babak-babak tentang dirimu
aku berbunga bahagia
walau kau sudah berpunya

tahun akhir bergelar anak kampus
terasa berat dan sayu
cerita indahku bakal menemui penamatnya
dalam keributan aku menghadapi tesis dan viva
yang penuh dugaan
kau tiupkan semangat
kau buatku senyum penuh ceria
menjadikan aku penghuni lantai paling setia

kini aku tinggalkan dunia kampus
tanpa ceritera indah dan mengasyikkan
malah kadang mengalir air mata
kerana kau jejaka
betapa aku perlu berdepan realiti

namun terima kasih wahai jejaka
kerana pertemuan biasa itu
kini menjadi kenangan indah dalam ceritera sepiku

You know why shrek is the best fairy-tale? Shrek teaches us that imperfect people can still have their own happy ending.


HOTTEST ♡ 2PM

Review Filem: Ombak Rindu


terus terang aku katakan aku bukanlah Kaki Wayang apatah lagi menonton wayang di Langkawi. maaf cakap. bukan memburukkan pulau sendiri cuma harga tiket wayang memang mahal. almaklumlah.. satu-satunya panggung wayang di pulau lagenda ini. dek kerana komen yang sangat baik tentang filem ini di mukabuku, so aku pun buat keputusan untuk sama menambahkan kutipan jualan tiket yang dah sedia banyak tu..

aku tiba di Cineplex lebih kurang jam 8 dan tiket yang tinggal hanya saf hadapan untuk tayangan 8.45 malam. bayangkan? akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli juga memandangkan kami datang orang hantar. tayangan seterusnya jam 11 malam. dah la aku pergi dengan kanak-kanak. adik aku yang berusia 12 tahun dan sepupu aku yang berusia 10 tahun. jadi takkanlah aku nak ambil tiket midnight pulak.. so serba sedikit review filem yang diadaptasi dari salah sebuah novel kegemaran aku.



WATAK & PERWATAKAN

Hariz (Aaron Aziz)
bagi aku pemilihan Aaron sebagai Hariz amat tepat. kerana fizikal yang dimiliki dan juga kebolehan beliau membawa watak Hariz dengan baik. aku amat terkejut sebenarnya melihat Aaron menangis dalam filem ini (aku pun turut banjir setiap kali air matanya menitis). tidak keterlaluan sekiranya aku katakan Aaron Aziz menepati watak Hariz seperti yang digambarkan di dalam novel. mempunyai ketokohan anak orang kaya yang gemar bersosial dan mempunyai ego yang tinggi.

Izzah (Maya Karin)
mengetahui Maya Karin akan memegang watak Izzah sebenarnya membuatkan aku terkejut. wajah Pan-Asianya bolehkah di'kampung'kan? ternyata pengarah bijak bermain dengan kecantikan asli yang dimiliki Maya. aku selalu mempersoalkan mengapa gadis kampung selalunya diberikan solekan yang tebal seolah-olah gadis bandar. solekan yang setipis mungkin diberikan kepada Maya membuatkan aku mengakui kehebatan jurusolek untuk filem ini. perubahan solekan boleh dilihat seiring perkembangan filem ini. dari wajah tanpa solekan kepada solekan tipis natural diberikan apabila Izzah mula bekerja. namun masih tidak keterlaluan. sesuai dengan perwatakannya yang serba sederhana. dari segi lakonan pula ternyata Maya tidak menghampakan. dari watak pontianak beralih ke watak gadis kampung yang naif dan sederhana, Maya berjaya menghidupkan watak Izzah dengan sebaiknya.

Mila (Lisa Surihani)
terus terang aku agak sangsi mengenai kebolehan Lisa dalam membawakan watak Mila yang lebih agresif berbanding watak Izzah. Lisa sering membawakan watak utama yang lembut dan satu cabaran sebenarnya untuk Lisa dalam menjayakan watak Mila. ternyata Lisa juga tidak menghampakan. cuma kelakuan Mila diawal kemunculannya agak berlebihan semasa di lapangan terbang (ada ke artis macam tu?).

DARI KACAMATA AKU SEORANG ANAK TEATER

pergerakan babak ke babak agak lancar sebenarnya sehinggakan kanak-kanak juga boleh memahami. terdapat babak-babak yang tidak menggunakan dialog tetapi mesej yang ingin disampaikan dapat difahami. penggunaan audio juga berjaya menghidupkan lagi setiap babak. malah audio yang digunakan juga menjadi sumber penonton mengalirkan ari mata. dari segi olahan skrip pula, bagi aku baik cuma kadangkala pelakon 'terkehel' dalam intonasi sehinggakan kedengaran lucu di telingan penonton. kadangkala seolah-olah pelakon membaca skrip, bukannya membawakan emosi melalui dialog. aku suka sangat sinematografi yang ditunjukkan dalam filem ini! sangat cantik! bangga sekejap jadi orang Langkawi. filem ini boleh dikatakan separa berat kerana tidak hanya memberikan pelbagai emosi kepada penonton malah terdapat beberapa babak yang membuatkan penonton ketawa geli hati. babak ranjang juga tidak keterlaluan tetapi bagi seorang kanak-kanak... aku rasa tak sesuai kot... cuma aku tidak bersetuju apabila Izzah bersalam dengan Pak Dollah dan Mail bersalam dengan Mak Jah. Izzah seorang guru mengajar al-Quran dan Mak Jah juga baru bergelar Hajah. jadi rasanya bersalam dengan bukan muhrim bukanlah cara yang sesuai sebenarnya. apa pun filem ini merupakan antara filem yang aku tidak berasa rugi walaupun seat depan sekali. banjir juga beberapa kali. ternyata produksi untuk filem Ombak Rindu telah berjaya membawakan filem yang berkualiti untuk penonton. SYABAS~!

KOMEN PENONTON

sedih!
terbaik!
best!
syok!
rasanya kejayaan terbesar bagi filem ini adalah apabila aku terdengar perbualan dua orang remaja lelaki di dalam lif. dia menangis menonton filem Ombak Rindu!
wow!
TAHNIAH!

RATING AKU
4.5 

Rinduku umpama ombak yang tak berhenti
Kasihmu bagai pantai yang setia menanti



HOTTEST ♡ 2PM

gila-gila aku

poison cheek sleeping
(lebih kurang macam ni tapi kepala dalam almari)

adoi~!
belakang aq saket~!
'silap urat' kata orang Kedah
padan muka aq
sape soh tido letak kepala dalam almari pagi tadi
kan dah bengkok badan

#kena betolkan badan balik nih


I wasn't born crazy , this world made me .

HOTTEST ♡ 2PM

study lain, kerja lain - a dream job talk


MY STUDENT LIFE AND WORKING ROUTE

SPM : Science Stream/ Pure Science
STPM : Economy
Degree : Anthropology and Sociology (Social Sciences)
Internship : Public Relation
Current Job : Construction Field

words from my friend, Anak Dagang before we graduate

"keje yang takde tu..keje "impian" misalnya eksekutif, pegawai dan lain2.
kalau ada pun payah nak masuk bila lepas2 grad melainkan kalau betul2 cemerlang/murah rezeki.
 tapi keje "realiti" banyak je misalnya operator kilang, jurujual di pasar raya. 
dah keluar nanti, keje lah "realiti" dulu sementara tggu "impian" menjadi realiti.....
mudah-mudahan.

my dream job?
still undecided
as long as I can help my family with 'halal' money
but seriously..
i'm falling in love with construction field

Always take comfort in knowing that you are independent enough, that you don't need to rely on anyone else for your own happiness.


HOTTEST ♡ 2PM

untuk seseorang :-l



kadang-kadang nak aje aq call ko
cakap " weh, bila nak balik sini lagi?"

kadang-kadang nak aje aq send wall post kat FB ko
tulis " tak nak balik sini da ke?"

kadang-kadang nak aje aq jerit kat ko
"weh jom la g lepak tengok sunset kat Chenang"

kadang-kadang nak aje aq biar air mata aq ni jatuh
"weh.. ko da tak ingat aq ke?"

kadang-kadang aq tanya teddy bear yang ko bagi tuh
"ko memang da tak nak kawan ngan aq ke?"

dan...

aq memang takkan dapat jawapan
so last-last
aq cuma
senyum tawar
macam selalu

The only people you need in your life are the ones that need you in theirs.


HOTTEST ♡ 2PM