Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

lelaki.dan.permintaan

hari ini kau kata kau chenta
aku bilang nanti
fikir dulu
seminggu kemudian
kau bilang padaku
kau sudah punya pacar
jadi
untuk apa kau bertanyakan aku?
lelaki
dijadikan Tuhan
manis bicaranya
mujur aku masih waras
tatkala dibuai keindahan
lalu ku putuskan
kau tidak pantas untukku
kerana sabar tidak bersamamu
hanya jiwa kosongmu
menjerit perlukan teman
dan
aku bukan orangnya
walau sekadar
pelepas sepimu

[ suatu catatan tatkala wajahnya menjelma bersama bait2 yg buat aq t'tnya sendiri-
apakah masih wujud lelaki yg ikhlas meminta dari sudut hatinya yg paling dalam? ]
HOTTEST ♡ 2PM

mencari cinta

MENCARI CINTA

“ Dah dua kali Pesta Konvo. Jalan ngan kawan-kawan jugak”

Tiba-tiba Lyana bersuara. Memecah kebisuan sepanjang perjalanan. Fatiha tersentak. Hawa pula terus berpaling mengadap Lyana. Apa maksud pompuan ni?

Lyana tergelak melihat reaksi spontan rakan-rakannya. Mereka baru pulang dari Pesta Konvokesyen ke-38 yang diadakan di Dataran Gemilang kampus mereka. Malam terakhir Pesta Konvo memang meriah. Para penjual akan menawarkan harga istimewa untuk pengunjung. Pelajar-pelajar pula tidak akan melepaskan peluang untuk borong habis-habisan dengan harga terendah. Kalau pandai tawar menawar lagi untung. Booth yang paling mendapat sambutan mestilah booth yang jual teddy bear. Malam itu tiga sekawan hanya memandang pasangan kekasih pulang sambil menggendong teddy bear yang besar-besar lagi gebu. Sedangkan mereka hanya menggendong teddy bear yang dibeli sendiri dengan harga RM 10!

“ Hahaha… Betol jugak cakap kau tu Yana. Dah masuk dua kali kita berpesta konvo tapi jalan ngan kawan-kawan gak. Bila la nak tayang pakwe kat Pesta Konvo”. Fatiha tergelak tatkala mengungkapkan baris-baris ayatnya.

“ Tu la pasal… Bila kita nak ada pakwe ni? Mak aku siap pesan lagi taw. Cari pakwe awal-awal. Masa dekat U la kena cari siap-siap. Nanti dah kerja susah sikit. Orang lelaki zaman sekarang takut dengan perempuan yang berkerjaya”. Hawa pula mengeluarkan hujahnya.

“ Yeke? Camne ni wei? Kita kena cari pakwe la camni” Yana membalas serius.

“ Tapi masalahnya sape yang nak kat kite?” Fatiha menyoal kembali.

“ Tu la masalahnya” Hawa membalas dengan wajah suram.

“ Kita wat target nak? Pesta Konvo tahun depan kita dah ada pakwe?” Lyana bersemangat dengan usulnya.

“ Ok set! Kita tiga orang ek” Hawa turut bersetuju.

Fatiha pula mendiamkan diri. Pesta Konvo tahun depan? Masalahnya siapa? Aku tak nampak pun siapa yang boleh dijadikan teman istimewa. Fatiha terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Dia hanya tersenyum melihat telatah Lyana yang begitu bersemangat untuk mencari pasangan. Sedangkan aku? Masih berteka-teki dengan hati sendiri. Siapa lelaki bertuah yang mampu membuka hati yang telah terkunci sekian lama?

**********

Fatiha terus mendaki tangga bangunan ilmu itu. Perpustakaan Tun Sri Lanang menyambutnya dengan aura tersendiri. Semangat untuk mencedok secangkir maklumat di bangunan ilmu itu kian menggebu. Fatiha terus melangkah ke bahagian jurnal. Dia gemar berdiam di bahagian jurnal kerana ruangan itu tidak ramai pengunjung dan mempunyai pelbagai jurnal yang amat diminatinya. Jika tidak melepak di bahagian jurnal popular, Fatiha akan memakukan diri di bahagian jurnal kebelakangan. Gudang ilmu ini telah melahirkan ribuan cendiakawan dan menjadi antara perpustakaan yang terbesar di Malaysia.

Fatiha membelek himpunan majalah Dewan Masyarakat yang telah dijilidkan mengikut tahun. Dia perlu mencari bahan untuk cadangan penyelidikannya. Fatiha terus duduk tanpa menoleh lagi. Tumpuannya kini hanya pada majalah yang berada di genggaman.

Tanpa disedarinya, sepasang mata memerhati gadis itu dari bahagian jurnal kebelakangan. Cermin lutsinar membuatkan pandangan mata itu tidak terhalang lalu bebola mata itu terus terpanah pada figura yang sedang tekun membelek jurnal itu.

Fauzan terus memerhati gadis itu, lalu bibirnya melontarkan satu nama. Nur Fatiha Alias. Dia hanya mengetahui nama gadis itu kerana mereka sekuliah dalam subjek wajib pusat pengajian. Tumpuan yang tadinya pada bahan ilmiah telah dicuri oleh seorang gadis yang mengisi ruangan mimpinya sejak semester pertama. Namun Fauzan hanya mampu memuja dari jauh kerana gadis lincah itu seakan-akan jinak merpati. Tambahan pula ramai teman-teman mengatakan gadis itu terlalu sukar diteka tingkahnya.

Ingin sekali Fauzan menegur gadis periang itu namun perasaan gusar tetap membelit jiwanya. Walaupun dia tahu gadis itu pasti akan melayannya sebaik mungkin. Fauzan memerhati lagi gadis itu. Kian ralit dirinya bersama angan yang mula bertunans.

“ Hoi! Kau study ke kau berangan?. Macam terkeluar biji mata tu aku tengok” Syafiq menepuk perlahan bahu Fauzan.

“ Apa la kau ni… Buat aku terkejut je… Aku tengok je… Bukan aku buat apa pun. Bukan satu jenayah kan?” Fauzan mengusik temannya yang mengambil jurusan undang-undang itu.

“ Kau ni… Jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang baru kau menyanyi tak berlagu” Syafiq cuba mengingatkan Fauzan yang tersenyum membelek jurnal di tangannya. Dah macam orang gila kawan aku yang sorang ni. Angau tapi malu!

“ Aku dengar dia tu pun ramai yang intai. Jangan kau yang melopong nanti sudah…” Syafiq menghabiskan tazkirahnya sambil membuka buku notanya. Kajian kes memerlukan konsentrasi yang jitu!

Fauzan hanya diam memikirkan kata-kata Syafiq. Ada kebenarannya juga. Nur Fatiha punya aura tersendiri dalam tingkah lakunya. Sampai bila dia akan terus memuja dalam diam?

Tiba-tiba Fauzan terus bangun dan menuju ke arah bahagian jurnal popular. Syafiq kaget. Budak ni takkan nak terpa terus je? Berani gila! Fauzan menghayunkan langkahnya sebaik mungkin. Dia nekad! Tiada lagi hari lain! Dia tidak mahu terus dibuai angan sedangkan bunga pujaan kian mekar di jiwanya.

“ Assalamualaikum…”

“ Waalaikumussalam…” gadis itu membalas keliru kerana tumpuannya terganggu.

“ Boleh saya duduk?” Fauzan meminta izin sopan.

“ Duduklah. Bukan harta peribadi saya” Fatiha membalas sambil tersenyum.

“ Maaf ganggu” Fauzan cuba bertenang.

“ Eh takpe. Duduklah” Fatiha sendiri cuba mengawal suaranya.

“ Kita satu kelas bisnes. Ingat tak?” Fauzan mula berbasa-basi. “ saya Fauzan”

“ Ingat… Patut la muka macam familiar. Saya Fatiha” Fatiha membalas ceria.

Siapa tak kenal Ahmad Fauzan Ahmad Fauzi? Pelajar yang sentiasa berwajah tenang dan mempunyai reputasi sebagai kekasih idaman. Teman-teman kuliahnya sendiri ada yang meminati lelaki berkulit sawo matang ini. Dan lelaki itu datang memperkenalkan diri kepadanya hari ini? Bagaikan mimpi!

Fauzan mula selesa dengan gadis periang itu. Sentiasa ceria! Dia cuba membawa perbualan ke arah topik yang lebih relevan.

“ Saya dengar awak tengah buat research proposal untuk tesis tahun tiga nanti. Betul ke?” Fauzan cuba memancing topik perbualan.

“ Yup! Eh, mana awak tahu?” Fatiha membalas separa keliru.

“ Saya terdengar kawan-kawan kelas awak berborak hari tu. Awak buat tajuk yang paling kontroversi dalam kelas” Fauzan mula santai untuk berbual.

“ Saya cuma ingin ketengahkan tajuk yang makin mendapat perhatian akhir-akhir ni” Fatiha merendah diri. Siapa tidak terkejut bila dia menyatakan ingin mengkaji lelaki lembut! Ternganga mulut rakan-rakan kuliahnya kemudian pelbagai komen diterimanya. Ramai yang menyokong tajuk yang diusulkannya.

Fauzan dan Fatiha mula berbual tentang tajuk cadangan penyelidikannya. Syafiq pula memerhati dari jauh. Serasi pulak aku tengok diorang ni. Harap-harap lekat la korang. Hehehe…

**********

“ Fatiha, kenapa awak takde pakwe sampai sekarang? Teruk sangat ke memori silam awak?” Fauzan menyoal ketika mereka sedang berjalan pulang dari fakulti.

Fauzan dan Fatiha memilih untuk berjalan kaki pulang ke kolej kediaman. Tidak disangka pertemuan di PTSL membuahkan persahabatan yang berlanjutan hingga ke tahun tiga. Bagaikan semalam dia berkenalan dengan Fatiha di PTSL semasa baru melangkah ke tahun dua.

“ Kenapa saya takde pakwe lagi? Sebab tak jumpa yang sesuai lagi kot. lagipun saya datang sini dengan harapan family jadi soal cari pakwe dah jatuh nombor dua” Fatiha membalas sambil menayangkan jarinya seperti tanda ‘peace’!

“ Habis tu awak tak nak ada pakwe ke?” Fauzan mula gemuruh. Camne la aku boleh bukak topik ni tapi bagus jugak hehehe…

“ Teringin jugak tapi sape yang sudi?” Fatiha tergelak mengungkapkan ayatnya sendiri. Bak kata kawan-kawannya… Ayat takleh blah… Hehehe…

“ Ada je yang sudi… Awak je yang tak tau…” Fauzan bersuara perlahan. Cuba mengawal debar di dada.

“ Ada ke? Sape? Awak? Hahaha…” Fatiha ketawa lepas tanpa menyedari wajah Fauzan yang sudah memerah.

Aduh… dia boleh gelak pulak? Aku ni da macam nak semput dah tapi dia boleh relax je? Nak cakap ke tak? Cakap jela… Alang-alang…

“ Kalau saya? Awak sudi?” Fauzan meluahkan isi hati dalam bentuk soalan.

Fatiha terdiam. Biar betul? Muka serius jer… Siap tenung aku lagi… Aduh! Gawat! Dia hanya mendiamkan diri. Nasib baik mereka sudah hampir dengan kolej. Peluh dingin mula menitis.

Fauzan pula gelisah bila Fatiha mendiamkan diri. Aku straight to the point sangat ke? Ok la tu… Tapi comel pulak tengok muka dia yang macam ayam berak kapur tu. Sure gelabah!

“ Ok la awak. Dah sampai blok saya ni. Saya naik dulu ye? Pasal soalan saya tadi… Saya serius. Awak fikirlah dulu. Apa jua keputusan, saya terima dan kita akan tetap jadi kawan” Fauzan merenung gadis yang telah mencuri hatinya itu. Bersuaralah wahai gadisku.

“ Er… Ok. Saya balik dulu. Assalamualaikum” Fatiha terus berlalu tanpa menoleh lagi. Dia benar-benar berdebar dengan bait-bait yang diluahkan oleh Fauzan.

“ Waalaikumussalam” Fauzan memandang gadis pujaannya berlalu pergi diiringi doa dalam hatinya. Jika dia jodohku, bukakanlah pintu hatinya agar aku boleh menjadi pemilik cintanya…

**********

5 hari sebelum Pesta Konvokesyen ke-39

Tut…tut…

1 message received!

Yana! Aku dah ada ‘teman’ untuk pesta konvo kali ni! :p

~Tamat~


HOTTEST ♡ 2PM

kenangan.yang.menerjah

ramadhan bulan rahmat
ku nantikannya penuh kerinduan
namun emosiku terusik
ramadhan...
punya memori tersendiri
aku bertafakur seketika
kenangan lalu mula menyusup jiwa
akhirnya
hembusan lelah terlepas bebas
setelah sekian lama waktu beredar
ternyata kau masih di ingatan
mengisi tiap ruang yang pernah kau tinggalkan
jejaknya...

ramadhan itu...
ramadhan terindah pernah ku lalui
bersama insan yang selalu mengisi ruang mimpiku

ramadhan ini...
hanya alunan irama dari kotak bersuara itu
menemani di kala dinihari
tiada lagi suara serak yang masih mamai di alam mimpi
tiada lagi gurauan tatkala sahur
dan...
tiada lagi kalimah...
'selamat pagi puteriku'

mencintai awak adalah antara perkara terindah pernah berlaku dalam hidup saya
pengkhianatan awak adalah suatu igauan ngeri sepanjang hidup saya
namun mengapa awak masih dalam ingatan?
pergilah dari hidup saya
agar saya boleh memberi hati ini kepada yang ikhlas menerima saya
tanpa perlu bayangan awak melintas tatkala bahagia mula memeluk diri

HOTTEST ♡ 2PM

sanggarianz@genting

Align Centeryezza!

mak ngn anak

kak syaz yg macho!

cr la muka korg~

nadey b'lagak glew leh amik pic ngn ABG AMIR

muchuk!

nk naik ke bnda alah 2? [aq gayat]

diva on air!

mia...wanie...yana... [aq m'jerit]

ras fenin~ sya n ijat steady jer

x t'keluar suara!

geng gayat!
men kot bwh jer

anda tentukan

mijan!

shahril+iwan+amir

jgn marah na...nnt kna clorox!

euw...

mak[c baju putih] + anak2

kanak-kanak ribena

sebok jer 2 kuntum bunga ni

iwan+ana+mun+shy

wargh...adk..tlg la takot dik
[pujuk caen pd sowg adk slps melihat adk 2 mcm borink jer]

we r sanggarianz!

ala2 artis

penuh aksi

yana bajet comey hahahah

bez shot!

aq nmpk tgn jer..

aq sma tggi ngn nadey
yg penting nadey nmpk kurus!

rawk!

nadey tough!

poyo!

gurl!

berebut nk naik benda alah ni!

yeehaaa...!

ebot syiok glew dpt nek kude!

mna 1?

abg syaz+ebot

master of sanggarianz!

nk blk da...

ngntok!

the end~~


HOTTEST ♡ 2PM