kredit video kepada KimBoPeepOppaSS
agak lama tak update blog
tak sempat dan sedikit alasan
tapi memang tak sempat pun..
banyak benda yang aku nak tulis sebenarnya tapi penat la dek non oi~!
penat berpraktikal
balik keja jer terus aku lali-lali dan pening lalat
akhirnya jam 10 malam bagai 3 pagi bagi aku
ngantuk seh~!
okeh ni kira rumusan la sket apa yang berlaku
1. aku intern kat LADA. best sangat-sangat. tapi skang ni aku da abes la.. aq stat 2.5.2011 and abes 23.6.2011. sekejap sangat la nox~! banyak benda yang aku tak sempat belajaq~! tapi takpe la.. aq still leh contact ngan dorang lagi. esok ari ahad dan hari bekerja bagi negeri kedah tapi aku cuma leh dok umah jela. kan aq da abes ahahahah bos aq gitaw aq n nurul (membe intern dari UiTM Shah Alam) la 1st batch yang intern kat department tu. wow.. anak sulung la nih.. bergenang air mata suci aq nih masa majlis perpisahan tu. saja taw.. kan da tak macho.. pe-pe pon aq happy kat sana. bukan happy ngan department aq ja tapi ramai gak la staff LADA yang kenal aq ahahah (ayat kerek tapi kenyataan). sebab kami 1st intake untuk intern kali ni so memang ramai la kenal.. tambah pulak dok department PR. sah-sah la orang kenal. konklusinya aq happy di LADA dan insyaallah kalau ada rezeki aq akan 'beribadah' di sana lagi.
2. about Mr Muscle. aq da tawar hati ngan dia. selepas 3 taon dan akhirnya aq leh lepaskan dia. fuh~! rasa macam hilang beban 15 kilo~! ramai yang tak caya aq leh let go dia macam tu ja tapi itulah yang terjadi. something happen and starting from that i'm realize we are totally different. so aq memang dah tak meroyan kat Mr Muscle lagi. cukuplah sampai takat ni ja. skang ati aq kosong-sekosongnya. tapi segala kenangan aq ngan dia akan aku kenang sepanjang idop aq. dia la crush paling lama aq meroyan. kepada kawan-kawan, tolong jangan tanya or usik aq lagi pasal dia because its hurt~
3. yes~! aq dah dapat kerja~! alhamdulillah.. rezeki aq.. aq kerja ngan pakcik aq la.. dia kontraktor tapi aq kena keja dalam office la.. management, accounting dan segala bagai pasal aku ni kira 1st worker pakcik aq la.. aq tak kesah sangat pon sebenarnya. janji dia bayar gaji aq sudah. aq nak bayar PTPTN. sambil-sambil tu aq cari la lobang lain. bila aq cakap kerja ngan pakcik aq ramai yang tarik muka. well.. nak aq jelaskan di sini. yang akan bekerja itu aku. yang penat itu aku. yang kena bayar PTPTN itu aku dan yang akan tolong family itu aku. so tak payah nak susahkan ati semakkan kepala dengan masalah aku. kalau nak diikutkan aku patot kerja free je ngan pakcik aq tu sebab masa aq belaja dulu dy antara orang yang paling banyak support aq dari segi kewangan selain family aq. family pakcik aq da macam family aq sendiri. so aq memang niat nak tolong dia. cuma aq mintak gaji pasal aq nak bayar PTPTN. tu jer. aq tak mintak banyak, at least tiap-tiap bulan aq bleh bayar sudah.. skang ni pon aq dok umah dia. makan minum di umah dia so susah senang biar aku yang tentukan. sangat syukur ngan kerja ni dan tak perlu susah payah fikir lepas intern nak kerja kat mana. cuma satu hari nanti aq akan kerja tempat lain jugak. rezeki masing-masing..
4. aq sedar ada yang cakap aq lupa daratan, lupa kawan-kawan lepas masuk U. biar la orang nak cakap apa. bagi aq zaman sekolah bukanlah zaman yang aq ingin ulang semula. sudah biasa dipinggirkan dan sudah biasa diketawakan. aku bukan siapa-siapa dalam komuniti mereka. jadi aq pilih untuk meminggir. ditambah dengan beberapa peristiwa yang membuatkan aq kecik ati. aq bukan malaikat yang takde perasaan. kadang-kadang terlalu sakit dan aq simpan dalam hati kerana ingin menjaga perasaan orang. dan kini biarlah aq menjaga perasaan aq sendiri kerana yang sakit itu aq. maaf kepada kawan-kawan sekolah yang terasa aq makin jauh. aq tak penah lupa hangpa cuma aq perlu masa bersendiri..
so rasanya takat tu je kot aq leh cite.
yang aq ingat la..
ahahah aq ni cepat lupa sket.
kena banyak kali refresh ahahah
apa-apa pun aq happy dengan hidup skang
sekian, terima kasih
p/s: layan lagu terbaru dari 2PM. like a movie dari album hands up. untuk stage performance sila ke pautan ini
Be grateful that you don't have everything you want now.
That means, you have the opportunity to be happier tomorrow than you are today
Nobody is responsible for my happiness but ME and I'm going to make sure I keep it