Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

cinta untukmu

Ku dedikasikan karya ini untuk teman

Yang selalu membuat diriku ‘sakit pipi’

~ Emy & chekgu ( Faizal )~

Terima kasih untuk cuti semester yang

Tidak mungkin dilupakan…







CINTA UNTUKMU


Hariz mempercepatkan langkahnya. Dia sudah terlambat untuk ke sekolah. Malam semalam dia keluar bersama rakan-rakannya menonton wayang kemudian melepak di kedai makan hingga pukul tiga pagi.

“ Mati la aku hari ni… Mesti kena dengan pengawas kerek tu punya la…” Hariz menggumam di dalam hatinya.

“ Selamat pagi Tuan Hariz… Semalam ada mesyuarat hingga tengah malam ke? Tuan Hariz ada apa-apa lagi nak cakap?” Sabrina tersengih selepas melihat wajah Hariz yang kian merah. Marah? Padan muka kau! Ingat kau anak orang kaya aku takut ke?

“ Boleh aku masuk kelas sekarang? Hah jangan lupa pulak tulis nama aku besar-besar dalam buku kau tu. Hariz Faizal Bin Dato’ Hashim. Kau ingat aku heran sangat ke dengan pengawas macam kau ni? Ini Hariz la… Siapa tak kenal aku…” balas Hariz bangga dan terus berlalu. Tiba-tiba dia terpandang seorang pengawas perempuan yang sedang berjalan menuju ke tapak perhimpunan. Pengawas tersebut hanya tersenyum sepanjang jalan. Gila ke? Tapi comel.

Emyliana sedang membuat laporan mingguan pengawas di mejanya. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki duduk berhadapan dengannya.

“ Hai… sibuk sampai tak nampak saya datang” Imran segera menghadiahkan senyuman buat Emyliana.

“ Saya tengah siapkan laporan minggu ni” Emyliana hanya memandang sekilas Imran yang masih tersenyum.

“ Emy… petang ni awak free tak? Jom tengok wayang. Dah lama kita keluar sama” Imran cuba memancing. Sudah dua bulan dia berpasangan dengan Emyliana tetapi gadis itu jarang mahu keluar bersamanya. Kalau keluar pun mesti bawa kawan. Siapa lagi kalau bukan Hani si mulut becok itu. Takde privacy langsung. Emyliana pula mengatakan itu untuk keselamatan dirinya juga. Huh! Mengada!

“ Boleh la ye? Kita keluar petang ni” Imran memujuk lagi selepas melihat Emyliana hanya berdiam diri. Aku cakap dengan kau la bukan dengan meja.

“ Nanti la saya tanya Hani dulu. Petang ni kalau dia free boleh la kita keluar” Emyliana menjawab beralas. Bukan dia tidak suka akan Imran tetapi dia masih tahu batas pergaulan yang harus dijaga.

“ Kenapa pula nak tanya Hani? Saya bukan nak keluar dengan dia. Saya nak keluar dengan awak. Petang ni saya datang jemput awak ye?” Imran mula muak. Hani lagi!

“ Takkan saya nak bonceng motor awak? Taknak la… Pasal Hani awak tak payah risau. Dia bukan duduk sebelah kita pun. Dia duduk jauh kan. Bagi privacy kat kita juga kan” Emyliana membela rakan baiknya itu.

“ Yela-yela petang ni pukul 5 tau. Saya tunggu awak kat Parade” Imran tersenyum kepada buah hatinya itu. Dia terpaksa mengalah sekiranya mahu keluar dengan Emyliana petang ini.

“ Ok. Nanti saya datang” Emyliana tersenyum melihat Imran berlalu pergi.

“ Oi cik kak! Berangan apa lagi? Pakwe kau dah balik kelas dia pun. Kau pulak yang berangan tak habis lagi” Hani menyiku Emyliana perlahan. Rakan baiknya itu kalau berangan memang nombor satu.

“ Imran ajak keluar petang ni. Tengok wayang. Kau ikut ye?” Emyliana segera memaklumkan kepada Hani. Bukan apa… Hani merupakan pemandu setia yang akan menghantar dia ke mana sahaja. Mereka sering keluar bersama kerana hobi mereka sama. Meronda sambil bergambar.

“ Owh… cik abang ajak keluar rupanya. Boleh takde hal… tapi cik abang kau tak marah ke aku asyik ikut korang?” Hani menyoal perlahan.

“ Ala kau ikut la… Kau kan ‘ubat nyamuk’ aku. Lagipun tak selesa la kalau keluar berdua je. Takkan la aku nak naik motor dengan dia. Kau ikut la ek?” pujuk Emyliana lagi.

“ Yela-yela… petang ni pukul berapa?” Hani beralah. Lagipun dia hendak membeli barangan sekolah sedikit.

“ Pukul 5 kat Parade” Emyliana tersenyum.

“ Eleh happy la tu nak dating dengan cik abang. Tapi nanti kau pergi la tengok wayang dengan dia. Aku nak jumpa adik angkat aku sekejap lepas tu kami nak pergi beli barang. Mak angkat aku minta aku tolong sebab dia nak beli barang nak pergi Sabah” Hani hanya buat selamba bila melihat Emyliana sudah mula tersenyum. Nak perli aku la tu. “ Adik angkat ok? Kau jangan ngada-ngada nak cakap dia macam pakwe aku pulak” geram betul aku dengan budak ni sorang.

“ Ok petang ni” Emyliana tersenyum lagi. Adik angkat lama-lama terangkat. Hehe…

******************************************************

Hariz sedang berbual dengan rakan-rakannya di foodcourt selepas menonton wayang. Dia terlihat seorang gadis turut mengambil tempat di meja berhadapannya. Pengawas gila tu rupanya. Dah ada pakwe rupanya. Melepas…

Emyliana hanya tersenyum nipis kepada Hariz yang sedang merenung dirinya. Siapa tak kenal Hariz Faizal anak Dato’ tu. Playboy besar di sekolah dan sangat berbangga dengan harta bapanya. Menyampah!

“ Awak tengok siapa? Hariz? Playboy tu? Takkan kat dia pun awak nak?” Imran menyedut milo ais sambil merenung Emyliana. Aku kat depan dia boleh pandang lelaki lain pulak.

“ Bukan… Saya teringat dia selalu bergaduh dengan Sabrina. Nama dia dah penuh dalam buku disiplin. Macam-macam kesalahan” Emyliana menghirup sup yang berada di depannya. Dia berharap Imran tidak akan bertanya lagi tentang Hariz. Sebenarnya dia resah sendiri tiap kali matanya bertembunng dengan mata anak Dato’ itu. Hatinya berdetak kencang. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

Hani menghampiri pasangan kekasih yang sedang berbual itu. Dia turut terlihat Hariz yang sedang merenung temannya itu. Dasar playboy!

“ Emy! Jom!” Hani segera mengajak Emyliana pulang. Bukan apa, dia tidak mahu terlewat sampai ke rumah. Lagipun sudah hampir waktu Maghrib.

Mereka bergerak pulang selepas Imran hanya menghantar hingga ke parking. Katanya dia masih ada urusan dan akan pulang selepas itu.

*************************************************************

“ Hani! Tunggu! Aku ada benda nak cakap dengan kau sikit” Hariz berlari-lari anak menuju ke arah Hani yang sedang membuat regangan untuk latihan hoki. Lah… Apsal pulak mamat ni jerit-jerit kat aku ni?

“ Apa? Kau nak cakap apa?” Hani melihat lelaki itu lengkap berpakaian sukan untuk latihan bola sepak. Muka handsome tapi sayang…Buaya…

“ Semalam aku nampak kau dengan kawan kau kat Parade. Dia nama apa?”

“ Emyliana. Apsal? Kau nak try dia pula ke?” Hani menyoal semula sambil mengerutkan dahinya. Takkan nak try kawan aku pulak?

“ Lelaki yang duduk dengan dia tu pakwe dia ke?”

“ Yela. Pakwe dia la. Memang tak ada peluang la kau sebab dia memang sayang kat pakwe dia tu” Hani membalas pedas.

“ Kalau aku cakap kat kau mesti kau tak percaya”

“ Apa?” hah ni dah lain macam dah mamat ni

“ Semalam lepas korang balik, aku tengok pakwe dia berkepit dengan perempuan lain pergi karaoke. Sumpah Hani! Aku tak tipu. Kalau kau tak percaya kau tanya Fendy dengan Iqmal. Dorang pun nampak. Mesra semacam aku tengok. Sebab tu aku tanya pakwe dia ke?” Hariz bercerita serius.

“ Kau biar betul Hariz? Kau jangan nak main-main dengan aku. Kang kayu hoki ni jadi coki-coki pula dalam mulut kau” Hani mula terbakar mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Hariz.

“ Sumpah Hani! Aku tak tipu. Lagipun buat apa aku nak tipu kau? Aku bukan kenal kawan kau pun. Aku kenal kau je” Hariz mula geram apabila Hani menyoal kejujurannya. Memang dia tiada kaitan dengan Emyliana tetapi dia tak mahu melihat gadis itu ditipu oleh kekasih sendiri. Sejak terpandang Emyliana tempoh hari dia sudah mula mengurangkan sifat playboynya itu. Hatinya seolah-olah sudah terpaut pada gadis berlesung pipit itu.

“ Betul ke Hariz? Habis tu macam mana aku nak bagitau kat Emy? Aku tak sampai hati la” Hani mula mengendurkan suaranya.

Cakap-cakap dari rakan-rakan sepasukannya mengenai Imran mula menerpa. Mereka pernah terserempak dengan Imran bersama seoarang perempuan tetapi Imran menafikan bila dia bertanyakan soal itu kepada Imran. Selepas itu dia tidak pernah mengungkit soal itu lagi kerana tidak mahu dikatakan penyibuk. Sudahlah Imran tidak berapa menyukainya kerana selalu jadi ‘ubat nyamuk’ ketika dia dan Emyliana berdating.

“ Aku tak tau la Hani tapi satu lagi aku nak bagitau kau” dahi Hariz mula merenik dengan peluh. Serba salah hatinya samada hendak memberitahu atau tidak isi hatinya kepada Hani.

“ Apa lagi?” Hani masih bingung memikirkan soal Imran.

“ Aku suka kawan kau. Sejak kali pertama aku pandang dia. Aku betul-betul ikhlas dengan perasaan aku kali ni. Aku tau kau mesti cakap aku playboy sebab aku ramai awek tapi sejak aku pandang kawan kau aku dah pencen jadi playboy. Dalam hati aku cuma ada dia saja. Dah lama aku pendam perasaan ni sebab aku rasa aku tak layak dengan dia lagipun aku kan ada bad reputation kalau bab hati ni” perlahan Hariz menuturkan kata-katanya sambil merenung jauh ke tengah padang.

Hani pula ternganga dengan apa yang baru didengarnya. Biar betul mamat ni? Dia nak jadikan kawan aku mangsa dia yang ke berapa pulak? Tapi muka macam serius… Kesian pulak aku tengok. Gawat…

“ Er… macam ni la Hariz. Soal Emy dengan Imran nanti aku cari jalan macam mana nak settle. Soal hati kau tu aku rasa baik kau cakap sendiri tapi kalau kau nak mainkan saja perasaan dia baik tak payah. Satu je aku nak pesan. Kau jangan mainkan perasaan orang sebab satu hari nanti mungkin orang akan mainkan perasaan kau pula” Hani turut merenung ke tengah padang. Memang gawat la kali ni…

***********************************************************

Emyliana melangkah keluar dari lif. Dia hanya menurut apabila Hani merengek ingin makan mihun sup Siam yang terdapat di foodcourt Paradise Parade. Hani memang gemar makan makanan Thai. Mereka berada di tingkat dua kerana Emyliana ingin mencuci gambar. Ketika mereka sedang menaiki escalator Emyliana terpandang seseorang yang amat dikenalinya. Imran! Imran sedang makan dengan seorang perempuan. Mesra bukan main. Hani turut terlopong melihat Imran ada di situ. Maknanya benarlah kata-kata Hariz mengenai Imran.

Emyliana seolah-olah terpaku di depan escalator tersebut. Hani cuba menenangkan perasaan rakan baiknya dengan memegang tangan Emyliana erat. Tiba-tiba Imran turut terpandang ke arah mereka. Pucat lesi muka jejaka itu.

Emyliana berjalan melintasi meja pasangan tersebut sambil memandang ke arah perempuan yang duduk semeja dengan Imran. Hani pula hanya mampu mengikut tanpa kata. Mereka memesan makanan dan kemudian duduk berdekatan dengan meja Imran. Emyliana masih terus memandang pasangan tersebut. Matanya merah tanda dia sedang berperang dengan perasaan sendiri.

“ Kau ok ke Emy?” Hani bertanya perlahan.

“ Kau rasa apa yang patut aku buat sekarang?” Emyliana menyoal semula

“ Kalau kau rasa kau nak biar, kau duduk je dekat sini tapi kalau kau rasa nak buat Imran lagi gabra, kau pergi la tegur dia” apa punya cadangan aku bagi ni? Tapi Imran ni memang dah lebih. Kalau tak suka cakap jela tak payah nak tipu. Hani berasa amat kasihan kepada Emyliana.

Tiba-tiba Emyliana bangun menuju ke arah meja Imran dan pasangannya. Hani yang terpinga-pinga turut bangun mengekor. Nak serang Imran ke? Emyliana bukan orang macam tu. Hani bingung dengan kelakuan rakannya itu.

“ Hai Imran. Ingat saya lagi? Tak sangka jumpa awak kat sini” Emyliana tersenyum melihat Imran yang sudah tidak keruan itu. Pasangannya turut memandang ke arah kami.

“ Amboi kau Imran… Dah ada awek baru bukan nak bagitau kitorang kan Emy? Diam-diam je kau ek?” Hani sudah mula faham permainan Emyliana.

“ Er… kenalkan ni Lily. Lily, ni Hani dan Emyliana. Kawan sekolah saya” Imran terpaksa memperkenalkan kami kepada pasangannya.

Lily bersalam dengan Hani dan Emyliana dengan ragu-ragu.

“ Eh Imran! Kami gerak dulu la. Makanan kami dah siap. Maaf la ganggu korang” Emyliana mula ingin melangkah.

“ Imran” seru Emyliana sambil tersenyum.

“Ya” Imran terkejut apabila Emyliana memanggil dirinya.

“ Semoga bahagia” dan Emyliana terus berlalu. Hani pula hanya mampu tersenyum kepada Lily yang sedang kehairanan. Nasib kau la Lily tiba-tiba jadi pelakon tambahan pulak. Sama macam aku.

*****************************************************************

Emyliana hanya termenung di tepi padang sekolah sambil menunggu Hani selesai menjalani latihan hoki.

“ Hai awak…” Hariz mengambil tempat bersebelahan dengan Emyliana. Dari tadi dia melihat gadis berlesung pipit itu termenung seorang diri. Dia sudah tahu yang Emyliana sudah putus dengan Imran. Dirasakan peluangnya kembali cerah.

“ Hai…” balas Emyliana pendek

“ Kenapa termenung aje ni? Ada masalah ke? Saya boleh jadi pendengar masalah awk” Hariz terus merenung gadis di sebelahnya itu. Sejak mengenali Emyliana dia mula belajar erti sayang dan paling penting erti setia.

“ Kenapa pula saya perlu cerita masalah saya pada awak?” Emyliana kehairanan dengan kesudian lelaki itu untuk berkongsi masalahnya.

“ Sebab mungkin satu hari nanti awak akan jadi permaisuri hati saya dan saya mahu bersama awak sepanjang hayat saya. Jadi saya kenalah belajar dengar masalah awak dari sekarang” Hariz mengerdipkan matanya. Doanya dalam hati supaya gadis itu mengerti akan maksudnya.

“ Apa awak cakap ni?” tanya Emyliana berdebar. Entah mengapa hatinya berdegup kencang setiap kali bersama Hariz.

“ Saya cakap saya nak belajar dengar semua masalah awak sebab nanti awak akan jadi menantu kepada mama saya, anak perempuan kepada papa saya, cucu kepada nenek saya dan paling penting jadi teman hidup saya yang akan menemani saya sepanjang hayat saya. Sebab tu saya nak berkongsi segalanya dengan awak termasuk masalah awak” Hariz tersenyum melihat mata gadis itu yang tersenyum kepadanya. Emyliana menunduk selepas dirasakan Hariz sedang merenung matanya. Sedangkan hatinya berbunga girang.

Hariz menari nafas lega. dia hanya berani meluahkan perasaanya apabila Hani memberikan maklumat tentang Emyliana yang turut memujanya dalam diam. Dia mengangkat ibu jari kepada Hani yang melambaikan tangan dari tengah padang. Terima kasih Hani!

~TAMAT~


HOTTEST ♡ 2PM

sentiasa.di.hati #2


syg pulau aq



bla aq mai tmpt ni mst t'gelak sowg2..
pasai aq pnh deting bwh pkok ni hahaha



kerek seh


kwn2 yg sentiasa senget b'samaku


nnt aq da nk blk da...hm...


HOTTEST ♡ 2PM