Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

seindah mimpi

“ Apa ciri-ciri lelaki impian kau?”

“ Kaya. Kaya. Kaya”

“ Kau gila? Mata duitan betul” Insyirah menjegilkan matanya ke arah Fiona sambil tergelak dengan jawapan dari temannya itu

“ Betul apa aku cakap. Zaman sekarang ni semua pakai duit. Tak nak pakai duit duduk dalam hutan la. Kahwin dengan Tarzan” balas Fiona cuba menegakkan hujahnya

“ Tapi kau ni agak-agak la… Kaya. Kaya dan kaya? Ish merepek jela. Nak cari suami tak semestinya kaya. Asalkan dapat jamin masa depan keluarga cukup la. Lagipun banyak lagi faktor lain yang boleh membahagiakan kita” Insyirah memberikan hujahnya pula

“ Tapi kan Cik Insyirah bt Abdul Malik… Zaman sekarang ni kalau takde duit boleh porak-peranda rumah tangga tau. Masalah kewangan boleh buat orang hilang pertimbangan tau” balas Fiona sambil memainkan jarinya ke kiri ke kanan. Macam gedik pun ada. Ops!

“ Aku tau la pasal tu. Sebab tu la aku cakap asalkan boleh jamin masa depan keluarga. Tak semestinya kaya tapi tak perlu la sampai tersepit kerana masalah kewangan” Insyirah masih ingin membetulkan tanggapan rakannya itu

“ Yela-yela… Aku kalah dengan kau kalau bab pasangan hidup ni. Aku main-main jela tadi tapi kalau dapat bagus jugak” ujar Fiona sambil gelak sakan

Aku turut tergelak dengan gelagat Fiona. Rakan yang sentiasa gila-gila tapi baik hati. Lelaki impian aku? Kalau dari segi kewangan biarlah stabil tapi yang paling penting agamanya. Kewangan stabil tapi sembahyang pun tunggang-langgang parah juga. Macam mana nak control family. Fizikalnya? Biarlah sempurna sifat dan sedap dipandang. Kalau tak sedap susah juga. Dah hari-hari kena mengadap muka yang sama. Kalau muka kacak macam Fahrin Ahmad tapi perangai macam Ali Setan tak guna jugak. Biarlah sederhana…

“ Yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa?” Fiona menepuk belakang Insyirah perlahan. Aku cakap dia boleh berangan pulak.

“ Takdela… aku cuma fikir pasal kuliah tadi” selindung Insyirah

“ Yela tu… Entah-entah ingat mamat mata coklat yang tegur kau dalam kelas tadi. Dia tu sempoi kan? Elok la dengan kau. Nak yang biasa-biasa je kan” ejek Fiona sambil memainkan rambutnya yang curly tu.

“ Ish takde la… Dia mesti la nak kenal dengan semua orang. Lagipun dia kan baru lagi kat sini”

“ Eleh… Apsal tegur kau sorang je? Aku ni tak nampak? Sikit punya vogue kat sebelah kau dia tak say hi pun”

“ Dia tak sempat kot. Kan dia cakap kena pergi Dekan tadi”

“ Yela tu…” Fiona membalas dengan mimik muka yang boleh membuatkan sesiapa sahaja tergelak.

Macam-macam la kau Fiona…

* * * * * * * * * *

“ Insyirah! Tunggu kejap. Saya ada benda nak cakap dengan awak” Aidil menahan Insyirah di pintu dewan kuliah

“ Ada apa?” balas Insyirah kehairanan

“ Saya nak ajak awak keluar malam ni. Tengok wayang dan makan-makan” ujar Aidil sambil berjalan ke arah kerusi di luar dewan kuliah

“ Saya? Sorang je? Malam ni? Kenapa tiba-tiba je ni?” Insyirah mengambil tempat di kerusi panjang yang disediakan

“ Saja. Nak kenal lagi rapat dengan awak” balas Aidil selamba

Nak kenal lagi rapat dengan aku? Selama ni tak cukup kenal ke? Dah nak habis semester pun. Apa kena mamat ni? Selama ni keluar ramai-ramai tak cukup kenal lagi ke?

“ Boleh la ye?” Aidil terus memujuk

“ Malam ni? Pukul berapa?”

“ Pukul 8.30 boleh? Saya datang ambik awak kat kolej awak”

“ Datang ambik saya? Dengan apa? Motor ke?”

“ Kenapa? Kalau saya bawa motor awak tak sudi keluar dengan saya ke?”

“ Bukan. Maksud saya, kalau dengan motor saya tak nak la. Kalau dengan bas takpe la. Tak pun jalan kaki je. Saya tak suka bonceng motor dengan lelaki kecuali family” terang Insyirah sambil tersenyum

“ Owh… macam tu… takpe la. Awak tunggu je depan kolej malam ni. Saya datang jemput and jangan risau ok. Bukan dengan motor tapi dengan van. Boleh?” balas Aidil sambil tersenyum

“ Saya ikut je” putus Insyirah

* * * * * * * * * *

Insyirah menyedut carrot milk sambil melihat gelagat muda mudi yang melepak di kedai mamak pada malam minggu. Ada yang berpasangan tapi ramai yang dalam kumpulan besar. Memang seronok melihat gelagat manusia yang macam-macam ragam tapi yang dia tahan dengan asap rokok. Dah macam jerebu pula. Tahan jela… Dah orang bawa makan kat sini. Jangan banyak songeh!

Aidil merenung lagi gadis yang sedang melihat gelagat pelanggan lain yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti berdekatan. Kedai mamak atau lebih popular dengan panggilan mapley ini memang menjadi pilihan ramai. Sengaja dia membawa gadis itu ke sini. Nampaknnya Insyirah tidak kisah makan di gerai tepi jalan sekali pun. Gadis ini amat sederhana. Aidil terus merenung lagi wajah bujur sirih itu.

“ Awak. Jom la balik. Dah lewat ni.” Insyirah mengejutkan Aidil dari lamunan

Dari tadi dok tenung aku. Naik segan aku. Muka aku ada apa-apa ke?

“ Esok awak buat apa ye?” Aidil menyoal tapi tidak bergerak dari kerusinya

“ Pagi esok saya nak pergi jogging dengan kawan-kawan. Petang keluar dengan roommate saya. Kenapa?”

“ Malam?”

“ Malam ada monthly dinner dengan kawan-kawan teater. Kenapa awak tanya ni? Macam boyfriend saya pulak” Insyirah tergelak dengan ayatnya sendiri

“ Kalau saya nak jadi boyfriend awak sudi tak?” tanya Aidil sambil merenung ke dalam mata Insyirah.

Gulp! Dia nak aku jadi girlfriend dia ke? Biar betul mamat ni? Muka macam serius tapi selama ni dia layan aku biasa-biasa je. Er…

“ Saya tak perlukan jawapan tu sekarang” putus Aidil sambil tersenyum

Pucat lesi muka tuan puteri aku ni. Direct sangat ke aku cakap? Tapi ok la tu… aku tanya elok-elok.

“ Jom la balik. Nanti kawan saya bising pula pinjam kereta dia lama-lama” Aidil segera memanggil pelayan untuk membayar bil.

Aidil memandu tenang. Dia menghantar Insyirah hingga depan blok. Berat hatinya untuk melepaskan Insyirah pulang. Gadis itu terlalu istimewa.

“ Terima kasih sebab belanja saya malam ni. Lain kali saya belanja awak pula ok” ujar Insyirah sebelum keluar. Hatinya serba tak kena kerana masih memikirkan kata-kata Aidil di mapley tadi.

“ Sama-sama. Saya pun nak ucap terima kasih pada awak sebab sudi keluar dengan saya. Saya harap awak fikirkanlah apa yang saya cakap tadi. Saya betul-betul ikhlas dengan awak. Saya tak perlukan gadis yang cantik dan bergaya untuk menemani saya. Tetapi cukuplah seorang gadis sederhana yang memahami saya. Saya nampak keserasian selama kita berkawan dan saya tahu awak masih belum berpunya. Awak fikirlah dari hati awak” panjang lebar Aidil menuturkan kata-kata yang telah disusunnya sekian lama.

“ Insyaallah… terima kasih sekali lagi. Selamat malam” balas Insyirah sambil keluar dari kereta.

Aidil hanya mampu merenung gadis itu melangkah masuk ke dalam bloknya. Telah lama dia meminati Insyirah. Saat pertama kali terpandang gadis itu dia telah terpikat. Selama mereka berkawan Insyirah sangat menjaga pergaulan dengan lelaki. Dia amat tidak suka melihat lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpegangan tangan apatah lagi berpelukan. Insyirah… nak kata alim sangat tu takde la cuma yang asas tu dijaga agar tidak terbabas.

* * * * * * * * * *

“ Jalan elok-elok tu sayang. Pelan-pelan jalan tu” Aidil memimpin tangan isterinya menuju ke katil.

“ Mana Aiman bang?” Insyirah tersenyum melihat suaminya yang sedang membetulkan selimut. Caring betul laki aku ni

“ Aiman kat sini la bu” Datin Aina tersenyum sambil menyerahkan cucu sulung kepada menantunya

“ Insyirah rehat dulu ye. Mama suruh bibik bawakan makanan Insyirah ye” Datin Aina mengusap rambut menantu sulungnya dengan penuh kasih sayang

“ Terima kasih ye mama” Insyirah tersenyum melihat ibu mertuanya berlenggang ke pintu bilik

Kini hanya Aidil dan Insyirah di dalam bilik bersama cahaya hati mereka. Aiman Zaquan b Aidil Zamani.

“ Terima kasih ye sayang untuk cinta ini” Aidil mengusap pipi bayi yang berada dalam dukungan isterinya.

Insyirah tersenyum melihat suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya. Bapa untuk anak ini. Dia teringat perbualannya dengan Fiona suatu ketika dulu. Biarlah sederhana dalam segalanya tetapi jodohnya dengan seorang anak datuk, berpewatakan menarik dan paling penting teguh agamanya. Dia sendiri tidak tahu dia berkasihan dengan anak orang berada sehinggalah diperkenalkan dengan keluarga Aidil Zamani bin Dato’ Amran!

* * * * * * * * * *

“ Lelaki impian aku kalau boleh nak lelaki yang sedap dipandang. Kalau handsome tu kira bonus la. Ada kerja tetap dan stabil. Kalau dapat yang kaya tu kira bonus la. Paling penting boleh pimpin aku dunia akhirat ”

“ Ada bonus pulak kau ye ”

~TAMAT~


HOTTEST ♡ 2PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan