malam kian larut
bulan terus lena dipeluk bintang
embun kian membunting di hujung daun
alam kian sunyi tatkala insan tersenyum di alam mimpi
aku masih segar
kelopak ini masih belum mahu bertaut
pancaindera kian tumpul
namun hati makin meneroka kenangan
lalu angan dan emosi mula menerjah
antara sepi dan kerinduan
ku pejamkan mata buat kesekian kalinya
hati kecil berbisik lembut
siapakah pemuda itu?
yang saban malam hadir menemani lenaku
mengganggu emosi tatkala ku sendiri
siapakah pemuda itu?
yang berani meneroka hati wanitaku
penuh keyakinan menghulur cintanya
sipakah pemuda itu?
yang belum muncul di alam realiti
namun hidup di alam fantasi
ku tersedar dari angan!
ah... terlalu jauh aku terbang di angkasa mimpi
wajah bonda kian jelas di mata
bersama selautan harapan
anak gadisnya ini pulang membawa hadiah
hadiah terbaik seorang anak untuk ibu tercinta
air mata meluncur laju
betapa aku terpesong!
wajah ayahanda mengambil tempat
lelahnya ingin ku bayar
dengan sebuah senyuman bangga seorang ayah
melihat anak gadis kesayangan
pulang bersama maruah yang pernah diperlekeh
esak tangisku kian menghiba
bersama kesunyian malam
betapa aku alpa!
maafkan diriku wahai ayah bonda
maafkan kerana lalai dengan amanahmu
kerana memikirkan hati sendiri
mendahului hati kalian yang mengharap
akan ku kembali ke landasan sebenar
untuk apakah aku berada di hutan ilmu ini?
untuk melihat senyuman ayah bonda
tersenyum bangga mengatakan
inilah puteri sulung yang membawa maruah keluarga
inilah kanda yang menjadi idola adinda berdua
inilah anak pembawa senyuman di wajah ayah bonda
bulan terus lena dipeluk bintang
embun kian membunting di hujung daun
alam kian sunyi tatkala insan tersenyum di alam mimpi
aku masih segar
kelopak ini masih belum mahu bertaut
pancaindera kian tumpul
namun hati makin meneroka kenangan
lalu angan dan emosi mula menerjah
antara sepi dan kerinduan
ku pejamkan mata buat kesekian kalinya
hati kecil berbisik lembut
siapakah pemuda itu?
yang saban malam hadir menemani lenaku
mengganggu emosi tatkala ku sendiri
siapakah pemuda itu?
yang berani meneroka hati wanitaku
penuh keyakinan menghulur cintanya
sipakah pemuda itu?
yang belum muncul di alam realiti
namun hidup di alam fantasi
ku tersedar dari angan!
ah... terlalu jauh aku terbang di angkasa mimpi
wajah bonda kian jelas di mata
bersama selautan harapan
anak gadisnya ini pulang membawa hadiah
hadiah terbaik seorang anak untuk ibu tercinta
air mata meluncur laju
betapa aku terpesong!
wajah ayahanda mengambil tempat
lelahnya ingin ku bayar
dengan sebuah senyuman bangga seorang ayah
melihat anak gadis kesayangan
pulang bersama maruah yang pernah diperlekeh
esak tangisku kian menghiba
bersama kesunyian malam
betapa aku alpa!
maafkan diriku wahai ayah bonda
maafkan kerana lalai dengan amanahmu
kerana memikirkan hati sendiri
mendahului hati kalian yang mengharap
akan ku kembali ke landasan sebenar
untuk apakah aku berada di hutan ilmu ini?
untuk melihat senyuman ayah bonda
tersenyum bangga mengatakan
inilah puteri sulung yang membawa maruah keluarga
inilah kanda yang menjadi idola adinda berdua
inilah anak pembawa senyuman di wajah ayah bonda
nukilan dinihari,
untuk ayah yg cek sygi: Md Isa Ahmad
untuk mak yg cek rindui: Jambiah Aji
untuk adik2 yg sentiasa di hati: Mohd Hafizi Md Isa
Mardhiatul Nabilah Md Isa
my dad is my hero
my mom is my idol
my brother is my hope
my sister is my dream
my mom is my idol
my brother is my hope
my sister is my dream