ku dengarkan seindah kalimah cinta
namun pencarianku masih buntu
apakah masih ada khalifah sejati
dalam jutaan kumbang hipokrasi
ku selusuri lagi lorong sepi
namun anganku bertemankan ilusi
siapakah khalifah sejati
yang membimbing rusuk kiri
menjaga maruah pemberi hati
yang sentiasa menghiasi peribadi
tanpa bicara menjejas budi
yang mencintai kerana Ilahi
seorang lelaki menggenggam janji
khalifah sejati
rebutan para Hawa
yang mendambakan cinta duniawi
yang mengimpikan mahligai ukhrawi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan