Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

bukan membenci tetapi melindungi





ari ni aq letih sangat-sangat
letih fizikal dan emosi
bangun pagi bawak emy p pejabat pos
okay la aq tak kesah
then straight balik umah mak aq and amik adik aq
p umah makteh aq
kat kampung sebelah mak aq
emy pon terkejut bila aq cakap aq nak p sana
biaq betoi~?!
terus terang cakap aq p sana hanya kerana makteh aq
dan sebab nak celebrate birthday my little cousin
Mohd Alif Daud
pukul 1 aq da terpacak kat sana
tolong mana yang patut
makteh aq wat kenduri bihun sup
aq pon wat la suma
da macam aq pulak tuan rumah ahahahah

tapi aq tak kesah sehinggalah datangnya seseorang dan seseorang
dengan suara dan gayanya
aq diperhatikan macam aq wat salah
23 tahun aq hidup dan tak pernah aq kenal apa itu mesra dan ikhlas dari mereka
sebab tu ayah aq memang takkan paksa aq untuk p kampung mak aq
sekali ja dia tanya nak ikut ke tak
kalau aq cakap tak nak
memang dia takkan tanya lagi dah
dia pun tau.. aq bukan lagi budak kecik yang tak faham sindiran
hanya kerana ayah aq cari rezeki dengan teksi
keluarga aq macam melukut di tepi gantang di pandangan mereka
mak aq diletakkan pada taraf paling rendah bagi tahap sosio-ekonomi ciptaan mereka
aq sangat salute dengan mak ayah aq
sabar giler dengan mulut, mata dan tingkah laku mereka
aq yang jarang-jarang pergi ni pun tak tahan dengan mereka
inikan pulak mak aq yang memang selalu pergi
busuk-busuk pun adik beradik dia jugak
ayah aq cuma mampu telan ja pandangan sinis mereka
busuk-busuk pun ipar duai dia jugak
adik aq jangan cerita la..
memang cukup pantang pasal family belah sana
depa ja yang ok
orang lain suma tak ok
adik aq yang kecik tu ja yang tak paham lagi
nanti dia paham la
aq dulu pun macam tu jugak
bila dah makin membesar baru aq faham
bila diingatkan semula
mak aq pernah dihina dan dikutuk depan mata aq~!
masa tu aq sekolah rendah dan aq cuma mampu diam dan balik nangis sorang-sorang kat rumah
sampai bila-bila pun aq akan ingat apa yang pernah berlaku antara family aq ngan dorang
bila p umah makteh tadi
aq rindu sangat-sangat arwah pakteh yang ikhlas tunggu kedatangan aq
mak aq pon dah makin kurang pergi kampung belah sana
ada ja alasan dia bagi
lepas aq masuk U memang dia dah makin jarang pergi
mungkin dia ada sesuatu yang mampu dibanggakan
mungkin dia juga seperti aq
tak boleh buang tapi boleh elakkan

jadi aq balik ke taman indah dengan badan dan hati yang sangat letih
malamnya lepas maghrib aq keluar lagi
ke pasar malam bersama emy n faizal [jumpa klon Mr Muscle, lembik lutut 2 saat =p]
then lepak kat Pekan Rabu
dorang ni ja yang boleh wat aq lupa segala serabut di kepala
so aq dapat lupa apa yang berlaku siang tadi
sebelum balik ke taman indah aq balik hantar nabila and jumpa mak dulu
memang kebiasaan aq, ari sabtu mesti balik jumpa mak

pasal sedara sebelah mak tu..
aq cuma mampu menjauh..
bukan membenci, sekadar melindungi diri dari terus disakiti

*mata kian kelabu dengan air mata jadi harus tidur supaya mata tak sembam nak pergi keja esok pagi



Swallow your tears,
hide your frown,
and never let life bring you down

HOTTEST ♡ 2PM

ni bukan cerita cinta zaman P Ramlee




entri yang agak kabur
heh~
tadi aq p pasar malam ngan ayah aq
bawak rumet kesayangan n house mates dy skali
aq of coz la ngan emy.. merempit..
terjumpa sedara
dia tego aq dan aq pon balas balik
then dy kenalkan aq kat someone
"nih, makcik baru"
terkebil jugak la.. sejak bila?
tapi sebagai anak sedara yang baik lagi sopan
aq salam dengan 'makcik baru' aq tu
then aq disoal
"mak tak ceghita ka?"
sah-sah la mak aq tak sempat nak berjoyah ngan aq
balik langkawi ja teros masok keja
pehtu pindah dok umah makcik aq kat taman indah lak
ujung minggu jela aq dapat balik jumpa mak aq
dari 1st impression aq yang tak berapa nak ok ni
aq lagi suka 'makcik baru'
ahahahha
tak guna punya anak sedara =p
bukan apa..
anak sulung pakcik aq tu sama umo ngan adik lelaki aq
19 tahun so thats means pakcik aq da kawen 20 taon da la
cukup la aq simpan ja cerita-cerita dan peristiwa yang pernah berlaku antara aq, family aq or sedara-sedara aq yang lain ngan 'makcik lama'
so masa kat pasar malam tadi sempat la berjoyah ngan ayah aq sambil tunggu rumet aq tu shopping
ayah aq cerita dan wang adalah puncanya
aq dah agak cuma malas nak ambik pot

lelaki selalu cakap perempuan sekarang mata duitan
well aq tak salahkan dorang kalau dorang fikir macam tu
situasi yang diceritakan oleh ayah aq tadi membuktikannya
tapi cerita itu bukanlah lesen untuk lelaki terus melabelkan perempuan mata duitan
teman praktikal aq ada juga menceritakan tentang sepupu perempuannya
sepupu membe aq ni cerita dan tanya pendapat
pakwe dy ajak kawen tapi pakwe dy soh kazen dy ni wat loan kat bank
wat loan atas nama kazen dy
what the...
teros aq cakap..
" jangan dok wat pasai. memang la dia cakap dy nak tolong bayaq tapi masa depan kita tak tau. jodoh ajal maut suma di tangan Tuhan. nanti tak pasai-pasai kazen hang plak kena blacklist ngan bank. nak p mekah pon takleh"
so konklusinya manusia memang mata duitan

aq just nak pesan kat lelaki-lelaki kat luar sana
perempuan cuma mahukan kehidupan yang stabil
bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga untuk anak-anak
zaman sekarang semua benda pakai duit
duit anak-anak sekolah, sakit demam, emergency yang mungkin berlaku
kalau ada rezeki anak-anak nak sambung study, nak g haji
suma tu nak pakai duit
belum masuk duit sewa umah, keta, letrik, air and bla3..
memang la isteri boleh bantu tapi kalau ada pendapatan yang stabil kan lebih baik
tak perlu mewah tetapi mencukupi dan mempunyai simpanan
perempuan perlukan jaminan masa depan tapi kemewahan bukan jaminan bahagia
so korang fikir-fikirkanlah
realistikkan fikiran korang dengan situasi sekarang
ni bukan cite cinta zaman P Ramlee yang boleh hidup dengan cinta jer
pasal duit macam-macam boleh jadi...

* berjoyah = bergosip


Never regret something that made you smile..
Simply look back at it and be happy it happened..
After all
Life is too short..


HOTTEST ♡ 2PM

Great Wall called reality





heh~
kadang-kadang rasa macam pathetic pon ada
crush pada orang yang sama selama 3 tahun
and progress sangat la lembab
sebab aq bukan jenis senang approach orang
apatah lagi kalau aq ada ati
gilo?
ni da balik kampung ingat boleh la lupa dia sikit tapi..
susah la...
banyak benda wat aq ingat kat dia
lagi 1 aq takot balik kampung sebenaqnya
takut jumpa orang yang aq taknak jumpa
walaupun bukan salah aq tapi kalau boleh aq memang tak mau jumpa dia
heh~
bila da stat keja ni
tido awal jela
pukul 12 da rasa lewat sangat da
apatah lagi kui 2 pagi and aq dok membebel kat sini lak
keja kui 8 pagi
elok la..
mula-mula macam berat ati nak wat intern kat LADA apatah lagi kat langkawi
tapi makin lama makin best la plak
baru seminggu tapi da rasa best
doa-doa la aq ok sampai abes
pasal Mr Muscle tu..
kalau la dia baca blog aq
tak tau la pa dia nak kata
tu pun kalau dia rasa dirinya itu Mr Muscle yang aq dok angau sangat tu
tadi membe aq tanya
aq ngan Mr Muscle ada prob ka
ayat len macam ja
aq just gitau dia
antara aq n Mr Muscle ada Great Wall
bukan Great Wall of China
but Great Wall called reality
dari dulu sampai skang aq tak penah harap lebih-lebih antara kami
cukup la aq meroyan sorang-sorang walaupun selalu kena marah
at least benda tu buat aq happy
and aq tak kacau orang
aq tak tau pasal pa ati aq selalu cakap
satu ari nanti aq akan gitau gak Mr Muscle pasal hal ni
tapi berani ka aq?
heh~
tidoq jela bunga oi..
sok keja..

happy mother's day to my mak
cuma mampu adiahkan mak handbag ja
nanti cek ada det lebih sikit cek beli kat mak benda len plak eh
sayang mak~!


Be careful, because sometimes, it wasn't really love. It was just a feeling, and you just overreacted

HOTTEST ♡ 2PM