Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

bukan membenci tetapi melindungi





ari ni aq letih sangat-sangat
letih fizikal dan emosi
bangun pagi bawak emy p pejabat pos
okay la aq tak kesah
then straight balik umah mak aq and amik adik aq
p umah makteh aq
kat kampung sebelah mak aq
emy pon terkejut bila aq cakap aq nak p sana
biaq betoi~?!
terus terang cakap aq p sana hanya kerana makteh aq
dan sebab nak celebrate birthday my little cousin
Mohd Alif Daud
pukul 1 aq da terpacak kat sana
tolong mana yang patut
makteh aq wat kenduri bihun sup
aq pon wat la suma
da macam aq pulak tuan rumah ahahahah

tapi aq tak kesah sehinggalah datangnya seseorang dan seseorang
dengan suara dan gayanya
aq diperhatikan macam aq wat salah
23 tahun aq hidup dan tak pernah aq kenal apa itu mesra dan ikhlas dari mereka
sebab tu ayah aq memang takkan paksa aq untuk p kampung mak aq
sekali ja dia tanya nak ikut ke tak
kalau aq cakap tak nak
memang dia takkan tanya lagi dah
dia pun tau.. aq bukan lagi budak kecik yang tak faham sindiran
hanya kerana ayah aq cari rezeki dengan teksi
keluarga aq macam melukut di tepi gantang di pandangan mereka
mak aq diletakkan pada taraf paling rendah bagi tahap sosio-ekonomi ciptaan mereka
aq sangat salute dengan mak ayah aq
sabar giler dengan mulut, mata dan tingkah laku mereka
aq yang jarang-jarang pergi ni pun tak tahan dengan mereka
inikan pulak mak aq yang memang selalu pergi
busuk-busuk pun adik beradik dia jugak
ayah aq cuma mampu telan ja pandangan sinis mereka
busuk-busuk pun ipar duai dia jugak
adik aq jangan cerita la..
memang cukup pantang pasal family belah sana
depa ja yang ok
orang lain suma tak ok
adik aq yang kecik tu ja yang tak paham lagi
nanti dia paham la
aq dulu pun macam tu jugak
bila dah makin membesar baru aq faham
bila diingatkan semula
mak aq pernah dihina dan dikutuk depan mata aq~!
masa tu aq sekolah rendah dan aq cuma mampu diam dan balik nangis sorang-sorang kat rumah
sampai bila-bila pun aq akan ingat apa yang pernah berlaku antara family aq ngan dorang
bila p umah makteh tadi
aq rindu sangat-sangat arwah pakteh yang ikhlas tunggu kedatangan aq
mak aq pon dah makin kurang pergi kampung belah sana
ada ja alasan dia bagi
lepas aq masuk U memang dia dah makin jarang pergi
mungkin dia ada sesuatu yang mampu dibanggakan
mungkin dia juga seperti aq
tak boleh buang tapi boleh elakkan

jadi aq balik ke taman indah dengan badan dan hati yang sangat letih
malamnya lepas maghrib aq keluar lagi
ke pasar malam bersama emy n faizal [jumpa klon Mr Muscle, lembik lutut 2 saat =p]
then lepak kat Pekan Rabu
dorang ni ja yang boleh wat aq lupa segala serabut di kepala
so aq dapat lupa apa yang berlaku siang tadi
sebelum balik ke taman indah aq balik hantar nabila and jumpa mak dulu
memang kebiasaan aq, ari sabtu mesti balik jumpa mak

pasal sedara sebelah mak tu..
aq cuma mampu menjauh..
bukan membenci, sekadar melindungi diri dari terus disakiti

*mata kian kelabu dengan air mata jadi harus tidur supaya mata tak sembam nak pergi keja esok pagi



Swallow your tears,
hide your frown,
and never let life bring you down

HOTTEST ♡ 2PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan