Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

kehilangan III


entri kali ni aq nak cakap pasal kenangan Ramadhan
pada usia 23 tahun memang banyak kenangan tapi takdela nak cite sume
macam la aq ingat sangat
tapi setakat yang ingat aq tulis la..

zaman kanak-kanak

  • masa darjah 1 baru belajar puasa, tapi awal Ramadhan aq puasa 1/2 hari jer.. tapi yang paling best masa minggu pertama puasa kami 1 kelas makan nasi bekal kat belakang kelas. bila ingat balik memang kelakar. berskirt biru gelap berkemeja putih dan makan ramai-ramai termasuklah kawan-kawan lelaki ahahaha
  • pernah ponteng puasa: curik cucur kat dapur pastu bawak masuk bilik, baru gigit sikit pastu mak panggil. so tinggal la cucur tu sampai last aq tak makan jugak tapi da kira batal la puasa tu.. ahahahha
  • sehari puasa = RM 1.00 so 30 hari puasa = RM30 la...
zaman remaja
  • banyak habiskan puasa di asrama
  • mula kenal 'cuti'
  • tak pernah missed sahur pasal time sahur lauk lagi sedap. ade aq kesah muka bangun tido ke tak.. janji sahur yang sedap tak boleh tinggal
  • mula kenal cinta dan sahur. ada seorang lelaki yang sangat teruja tiap kali Ramadhan walaupun berlainan pegangan agama. kerana dia, aq bersyukur diberikan peluang merasai manisnya puasa. bila couple-couple nih bagi aq time sahur la best ahahah kejut sahur.. kalau mak kejut.. mau ada yang give up tapi kalau 'orang tu' kejut.. boleh pulak bangun.. ahahha
  • betapa aq merindui 'dia' tiap kali Ramadhan mula menjengah
zaman universiti
  • 1st year jarang bangun sahur sebab? malas + alasan = makan sebelum tidur so itulah sahur aq~! ayah aq memang tak suka cara sahur aq yang satu nih
  • kenagan berbuka ngan geng teater memang terbaik. tau nape? sebab nadey makan nasi berkuahkan air kelapa~! ahahahah sumpah kelakar sebab kitorang makan dalam suasana yang sangat romantik sebab pak guard tak bukak lampu. tu pasal la udang pon boleh berenang dalam air kelapa
  • 2nd year rawk~! pasal aq dok bilik kak syaz. ala bilik felo yang duduk secara 'setinggan' ahaha ada peti sejuk so best la kalau nak masak pon. 
  • yang paling takleh blah.. nadia ngan asz wat nasi goreng. 2 portion tau.. satu pedas n satu lagi letak kicap jer. aq punya of course la yang letak kicap jer tapi dorang dok cedok aq punya jugak pasal nasi goreng kicap aq lagi sedap ahaha thanks asz n nadia
  • 3rd year so memorable~! aq la tukang masak sahur~! well aq ngan wanie.. setakat yang aq ingat la.. 2 kali kami mogok taknak bangun masak so akibatnya lagi 5 orang geng 'meroyan' tak sahur ahahha (aq, wanie, ally, ras, caca, yana junior n cik qiah) yana jaejong kadang-kadang ja turun pasal dy dok atas kayangan. tinggi sangat.. gayat nak turun
  • yang paling takleh blah pada malamnya si caca ni beria-ria cakap dy nak masak sahur tapi sekali tidur.. periuk nasi kat sebelah kepala dy pon tak rasa apa-apa. sengal betol la..
  • 3rd year jugak sangat menguji kesabaran bila aq dan kawan-kawan teater especially girls berniaga air n popia kat bazar Ramadhan Kolej Keris Mas UKM. uish sampai pernah mengalir la jugak air mata aq nih.. hanya sabar je yang mampu aq kuatkan di dada
zaman soklan cepucemas bertaburan (soklan kawen)
  • puasa kali ni banyak berbuka dengan family
  • Allah berikan aq dan keluarga ujian bila mak sakit. seminggu aq jaga mak 24/7 kat hospital dan seminggu lagi kat umah. amik cuti untuk jaga mak :)
  • bagi aq itu satu peluang untuk aq beramal untuk mak.
  • banyak belajar resipi baru terutamanya kuih-kuih tradisional
  • aq dah reti wat kuih timba @ kuih jongkong dan dah reti masak masak lemak buah betik kegemaranku~
  • yang paling penting kuih sepit buatanku 100% habis pada hari raya kedua~! ramai puji sedap ahahaha suke~!
itulah serba sedikit kenangan yang aq ingat
kebanyakan yang aq tulis adalah kenangan yang sangat membekas di hati
dan aq sangat bersyukur dengan kenangan itu
kerana dari situ aq kenal betapa bertuahnya aq
diberikan peluang oleh Ilahi untuk merasai Ramadhan yang penuh barakah

MISTAKES makes me human. FAILURE makes me stronger. LOVE keeps me alive. But its YOU who keeps me smiling


HOTTEST ♡ 2PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan