aku hanya mampu pulang tanpa cerita
libur yang paling kosong ku rasakan
batin kian menjerit inginkan teman
yang bersama di hutan ilmu
ku ingin merasakan kemeriahan bersama
kerana kesepian halaman sering
menggugah perasaan yang kian terubat
satu persatu cerita silam mencariku semula
dan ku ingin lari dari memori pahit
ku terima dengan pasrah
tiap rasa yang pernah teradun
kerana itu yang mematangkan jiwa
aku pernah bahagia
aku pernah kecewa
aku pernah dilukai
aku pernah melukai
kerana itu hutan ilmu itu menjanjikan
memori yang masih suci tanpa cela
perasaan yang hadir aku cantas tanpa belas
kerana ku tak ingin merasakan kembali
sakit yang pernah meruntuhkan hati
1540
kepulauan utara
penghulu sagala hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan