Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

satu pengajaran buat Indonesia


entri berkaitan bola
satu nusantara sudah tahu
apatah lagi Malaysia dan Indonesia
Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak
mungkin akan menimbulkan kemarahan di hati pembaca yang berasal dari tanah seberang
entri ini bukan untuk mencaci jauh sekali menghina
kerana bagi aku
kami rakyat Malaysia sudah biasa dengan istilah tolak ansur
malah kami juga menerima kalah menang adalah adat dalam permainan
sekiranya Malaysia kalah di final bola sepak Sukan SEA
kami masih menyokong team Harimau Muda
dan masih mengiktiraf kemenangan Indonesia
cuma mungkin nasib menyebelahi kami

apa pun aku hanya sekadar ingin berkongsi
satu pandangan peribadi dari seorang rakyat Indonesia
yang aku kira lebih terbuka dalam soal menang kalah
sila klik di SINI untuk membaca pendapat beliau
aku sangat tertarik dengan kata-kata akhir dari beliau

MENANG TANPA KESOMBONGAN DAN 
KALAH TANPA BANYAK ALASAN

apa pun aku ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang membuatkan jutaan rakyat Malaysia bangga dengan kalian
malah aku turut berdiri di saat lagu NegaraKu berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno
bangga kerana aku dilahirkan sebagai anak Malaysia
bangga dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain Malaysia
bangga dengan usaha kalian tanpa menghiraukan apa jua cabaran yang ajukan oleh pihak lawan
kerana kita
ANAK MALAYSIA!!!

so lagu ni sangat bermakna untuk Sukan SEA kali ni


kepada penyokong Indonesia:
mungkin lain kali nasib akan menyebelahi negara kalian pula
terima kasih untuk perlawanan yang sangat baik pada malam tersebut
kita serumpun jadi usah bercakaran untuk sesuatu yang tidak kekal

May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough hope and love to make you happy and live!

HOTTEST ♡ 2PM

2 ulasan:

  1. black and yellow black and yellow~!! malaysia boleh!! :D

    BalasPadam
  2. karma..
    Allah dengar doa orang yang teraniaya
    hehehhe

    BalasPadam