Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

dua dunia

terpegun dengan karisma
terlali dengan perwatakan
terpesona dengan kesejatian
namun
aku pasrah pada kenyataan
pegangan kita berbeda

HOTTEST ♡ 2PM

sedetik kenangan

saya tak boleh hadiahkan awak surah yaasin kerana kita berbeza pegangan tapi ramadhan akan membawa seribu kenangan bersama awak kembali ke kotak memori.

impian kita tak bersatu di alam realiti untuk melihat awak berpuasa berniat keranaNya.

namun awak kekal sebagai ramadhan terindah untuk saya kenang sepanjang hayat

DDC


HOTTEST ♡ 2PM

debar yang telah kembali

sungguh aku keliru
bermusim rasa itu mati
namun kini ia kembali
debar yang aku sendiri tidak fahami
makin aku kenali dirinya
makin aku keliru
mengapa harus begini?
sungguh
sekian lama debar ini mati
sejak insan pertama menaklukinya
kini ia kembali
hanya satu wajah bermain di mata
hanya satu suara berdengung di telinga
hanya satu nama yang berlegar di minda
oh...
aku ingin tenang kembali
kembalikan ketenangan itu

ya Allah...
andai sememangnya 'dia' tercipta untukku
dekatkanlah 'dia' denganku
andai 'dia' bukan milikku
biarlah 'dia' pergi jauh
dan kembalikan ketenangan itu
ku mohon padaMu...


catatan dinihari
aku perlukan ketenanganMu itu
plzz...

HOTTEST ♡ 2PM

bintang hati




sebutir bintang
kau hadiahkan untukku
sangkaku kau hanya bercanda
namun untaian itu akhirnya
tergenggam kemas di jemariku
terima kasih
terima kasih untuk segalanya
keikhlasanmu terbias di bintang itu
sungguh
aku terharu
ku hanya meminta patrick si merah jambu
namun kau berikan bintang bersinar
sungguh
aku hargai
terima kasih
HOTTEST ♡ 2PM

memori suci

musim berlibur ini kian bernoktah
aku hanya mampu pulang tanpa cerita
libur yang paling kosong ku rasakan
batin kian menjerit inginkan teman
yang bersama di hutan ilmu
ku ingin merasakan kemeriahan bersama
kerana kesepian halaman sering
menggugah perasaan yang kian terubat
satu persatu cerita silam mencariku semula
dan ku ingin lari dari memori pahit
ku terima dengan pasrah
tiap rasa yang pernah teradun
kerana itu yang mematangkan jiwa
aku pernah bahagia
aku pernah kecewa
aku pernah dilukai
aku pernah melukai
kerana itu hutan ilmu itu menjanjikan
memori yang masih suci tanpa cela
perasaan yang hadir aku cantas tanpa belas
kerana ku tak ingin merasakan kembali
sakit yang pernah meruntuhkan hati


1540
kepulauan utara
penghulu sagala hari
HOTTEST ♡ 2PM