Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

kurang lebih



lebih kurang tak sampai 20 hari lagi aku akan tinggalkan hutan ilmu ni. tempat yang banyak mengajar aku erti 'fight back'! tipu la kalau aku cakap tak penah nanges sepanjang kat sini. air mata tumpah kerana pelbagai sebab. sedih. gembira. terharu. kecewa. geram. letih. bahagia. rindu dan macam-macam lagi la..

terbaru aku menangis kerana akhirnya aku berjaya menyiapkan tesis~! macam-macam aku lalui sepanjang nak siapkan benda alah ni. masa tulis penghargaan. aku tahan air mata aku. tak macho ar kalau oppa nampak. ahahahah rupanya banyak yang membantu aku selama ni. tak mampu aku nak catatkan satu persatu dalam penghargaan aku. maaf la kalau ada nama yang aku tak catatkan dalam tesis aku. tapi terima kasih semua.

malam sebelumnya aku menangis kerana kawan aku disakiti. sampai sekarang aku dok terfikir pasal dia. kawan aku tu jenis yang sentiasa nak hiburkan orang tapi segala duka hanya dia yang tahu. so bila dia cerita kat aku.. aku hargai sangat.. aku harap kau tabah kawan. mungkin ada yang lebih baik dan masa depan kita tak tau kan?

penghujung sem.. terasa makin rapat dengan rakan AnSos. terasa rugi bila di penghujung baru ingin bermesra. tapi kenangan ketika di kampung orang asli sungai temir pahang dan kenangan fieldwork di dengkil menjadi memori terindah bersama kalian.

dalam keributan hujung perjalanan masih aku mampu tersenyum. bersama insan-insan yang tak jemu bersamaku. menceriakan hari yang kadangkala seolah gelap. terima kasih kerana mengajar aku menjadi seorang yang lebih cool berbanding aku dulu yang sangat baran. ternyata terlalu banyak yang aku belajar dan dewan kuliah serta buku ilmiah tidak mampu mengajar aku apa itu erti sebuah persahabatan~


terima kasih~!



~kita bertemu, kita bermesra, kita bercakar, kita berbaik semula dan kini tiba saat kita akan berpisah. maaf andai pernah menyakiti. terima kasih untuk memori~

HOTTEST ♡ 2PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan