Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

way back into love





I've been living with a shadow overhead
I've been sleeping with a cloud above my bed
I've been lonely for so long
Trapped in the past, I just can't seem to move on

I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need em again someday
I've been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love

I've been watching but the stars refuse to shine
I've been searching but I just don't see the signs
I know that it's out there
There's got to be something for my soul somewhere

I've been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night
I could use some direction
And I'm open to your suggestions

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love

And if I open my heart again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end

There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love

And if I open my heart to you
I'm hoping you'll show me what to do
And if you help me to start again
You know that I'll be there for you in the end


dari facebook

Every girl wants to hear her guy say, ‘The next girl I’ll ever love, will be our daughter.’


HOTTEST ♡ 2PM

kemboja berguguran

21 Mac 2005

Qaisara melangkah masuk ke Dewan Kuliah 3B301 dengan tenang. Pensyarah masih belum menampakkan muka. Dia segera menuju ke barisan kedua dari hadapan. Selalunya hanya dua pelajar yang akan bermastautin di barisan itu. Dia dan seorang lagi pelajar senior. Mungkin kerana terlalu depan menyebabkan tidak ramai yang sanggup duduk di barisan hadapan. Tambahan pula pembelajaran di dewan kuliah, semestinya saf belakang akan dipenuhkan terlebih dahulu. 

Semasa awal-awal kuliah Qaisara turut memilih tempat duduk di belakang tetapi kerana tidak tahan dengan suasana bising bahagian belakang menyebabkan dia mengambil tindakan drastik berpindah ke barisan hadapan. Tindakan yang tidak pernah dilakukannya, apatah lagi ketika dia berseorangan tanpa teman-teman.

Kelas dimulakan. Namun suasana bising masih menyelubungi dewan. Perasaan tenang tadi mula bergelora. Beberapa orang pelajar di barisan belakangnya masih lagi rancak berbual. Qaisara memusingkan kepalanya ke belakang dan membuat isyarat diam menggunakan jarinya. Syhhh….

Setengah jam berlalu namun pelajar perempuan di barisan belakangnnya masih juga berbual. Konsentrasi yang cuba ditumpukan kian menghilang. Kesabaran juga kian menipis. 

Ni yang aku nak hangin ni…

Kalau tak nak dengar kuliah, jangan bising. Orang lain nak belajar. Kalau tak pandai hormat orang lain nak belajar, at least hormat la sikit lecturer kat depan tu. Tq 

Kertas yang siap ditulis itu diserahkan ke barisan belakang bersama-sama borang kehadiran kuliah. Puas hati aku! Tau pun nak diam!

*

Danish menghidupkan enjin keretanya. Kertas kecil di tangan kirinya dibaca sekali lagi. Dia tersenyum. Berani betul budak ni…

*
“ Ha apsal muka macam kena Clorox je ni?” kak Lina menyambut Qaisara dengan pertanyaan.

“ Dorang tu… Bising betul. Bercakap macam tak pernah jumpa mulut”

“ Dorang tu sape?”

“ Budak-budak dalam kelas U3 tadi la. Geram betol”

“ Lah… Tiap-tiap minggu benda tu jugak la kau bebelkan. Bagitau jela lecturer”

“ Tadi… Orang ada bagi kertas kat dorang. Orang cakap kalau taknak dengar kuliah jangan la bising. Orang lain nk belajar. Kalau tak pandai nak hormat orang nak belajar, hormat la lecturer sikit” Qaisara menayangkan muka puas.

“ Bisanya… Tak kena hamun ke?”

“ Berani hamun… Sape yang salah?”

“ Jangan nanti kau kena aim sudah”

“ Cuba try test!” Qaisara membalas dengan nada mengejek.

Ni Qaisara Adni la… aku tak kacau orang so orang jangan kacau aku!

*

Minggu berikutnya Qaisara melangkah ke Dewan Kuliah 3B301 dengan tenang. Beg galas hijau pucuk pisang kesayangan diletakkan di sebelahnya. Diam pun orang belakang hari ni. Hehe…

*

Alamak! Nak hujan la pulak!

Qaisara berlari-lari anak menuju ke bus stop berhampiran Kolej Ibu Zain. Hujan lebat turun mencurah-curah. Jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang. 

“ Aduh… takkan la aku nak tunggu kat sini sorang-sorang. Seram kot senja-senja camni”

*

Danish memandu perlahan Honda Citynya melalui Jalan Stadium. Dia perlu ke Pusat Perkembangan Siswazah untuk menjemput rakannya yang bekerja di sana. 

“ Eh, tu awek beg hijau tu. Apa dia buat kat sini hujan-hujan macam ni”

Danish memberhentikan keretanya di hadapan bus stop tempat gadis kecil molek itu berlindung. Segera diambil payung dan berlari-lari anak menuju ke arah gadis yang sedang memandangnya kehairanan.

“ Awak, kenapa tak balik lagi. Dah gelap ni” Danish berbasa-basi.

“ Panas terik ni… Macam mana saya nak balik” Qaisara membalas. Apa punya soalan la… Tak nampak ke hujan lebat cik abang oi…

“ Ops! Sorry… Bahaya awak duduk kat sini sorang-sorang. Meh saya hantarkan awak balik. Awak dok KKM kan?” Danish tersenyum

“ Mana awak tau saya dok KKM? Macam mana saya boleh pastikan awak bukan orang jahat?” Qaisara menyoal tanpa membalas pelawaan jejaka berkulit sawo matang di hadapannya.

“ Saya selalu jemput kawan saya balik kerja dari PPS. Selalu la saya nampak awak balik jalan kaki ke kolej. Kalau awak risau saya ni orang jahat, awak ambil ic saya ni. Awak pegang. Bila dah selamat sampai di kolej, awak serahkan balik. Kalau apa-apa yang buruk berlaku pada awak, serahkan je ic ni pada polis” Danish menerangkan panjang lebar sambil menyerahkan kad pengenalannya kepada Qaisara.

Qaisara menyambut kad pengenalan yang diserahkan kepadanya. Dibacanya sekali lalu. Danish Daniel Calvin. Kedengaran ikhlas lelaki itu ingin menolongnya.

“ Jom” Danish mempelawa lagi.

Qaisara memanjangkan lehernya ke arah jalan. Tiada satu kenderaan pun. Hari pun kian gelap. Hujan masih lagi mencurah-curah. Akhirnya dia menganggukkan kepala. Hanya padamu ku berserah ya Allah…

*

“ Boleh saya duduk kat sini?”

Qaisara segera berpaling ke arah suara yang kedengaran sangat hampir dengannya. Kus semangat aku… Baru nak berangan.

“ Duduklah” balasnya ringkas.

Macam kenal… Ha… Mamat yang tumpangkan aku hari tu…

“ Saya Daniel” tuan empunya badan memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan tanda ingin bersalam.

“ Er… Qaisara. Maaf. Bukan muhrim” balas Qaisara sopan.

“ Sorry…” Daniel membalas semula.

Ha elok la… Sama-sama sorry…

“ Hari ni saya nak duduk dengan awak. So nanti saya tak bising lagi” tiba-tiba Daniel membuka ruangan diskusi.

“ Hah?” Qaisara merapatkan keningnya tanda tidak memahami hujung pangkal cerita.

Daniel menghulurkan kertas kecil yang mengandungi bait-bait yang amat dikenali Qaisara.

Alamak! Macam mana dia boleh ada kertas tu?

“ Saya ada sekali masa awak bagi kertas ni. Awak tak perasan saya pun” Daniel menyambung. “ Awak la orang pertama yang saya jumpa berani tegur orang sebab bising. Such a brave girl” komen Daniel ringkas.

“ Er… kasar sangat ke cara saya tu?”

“ Takde lah… Awak dah tegur elok-elok. Kalau tak faham jugak memang padan muka la kena ayat macam tu”

“ Hm…”

Perbualan mati di situ. Pensyarah sudah bersedia untuk memberi kuliah. Fokus.

*

“ Aku tengok kau makin rapat dengan mamat Chindian 2. Ade apa-apa ke?” soal Nur ketika mereka sedang menikmati makan malam di café kolej.

“ Kawan je…” balas Qaisara ringkas.

“ Kawan apa kalau tiap-tiap hari sms. Call pun selalu” tiba-tiba kak Lina bersuara.

“ Kawan la kak Lina” Qaisara membalas santai.

“Hati-hati sikit. Dia berbeza agama dan budaya dengan kita. Akak harap dia hormat kau sebagai seorang Melayu Muslim”

“ Insyaallah kak. Selama orang kawan dengan dia, dia hormat lagi prinsip-prinsip orang. Tak pernah pulak dia buat benda-benda yang orang tak suka. Dia pun ramai kawan-kawan Melayu. Rasanya tak ada masalah kot”

“ Ha apa kata kau tarik dia peluk Islam?” Nur memberi cadangan

“ Ish… aku pun tunggang langgang lagi. Nak tarik orang lain pulak. Soal hidayah milik Allah. Aku cuma mampu doa dia dapat hidayah”

“ Tapi kan… Cara dia layan kau macam… Dalam hati ada cinta je…” kak Lina tersenyum sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

“ Ish ke situ pulak kak Lina ni” Qaisara membalas perlahan. 

Hatinya berdebar. Rahsia dia dilamar oleh Daniel untuk menjadi kekasih hati lelaki itu masih tersimpan kemas dalam hati. Hingga kini dia masih belum memberikan jawapan kepada Daniel. Banyak perkara perlu diambil kira sekiranya dia mengambil keputusan untuk menerima cinta lelaki itu.

“ Macam mana kalau ditakdirkan orang couple ngan Daniel?” Qaisara bersuara.

“ Tepuk dada tanya hati. kalau hati bagi jawapan positif maka positif la hasilnya. Kenapa? Daniel ada lamar kau ke?” kak Lina sudah mula mencium rahsia yang tersimpan.

“ Tapi dia lain agama kak” Qaisara membalas perlahan.

“ Kata satu Malaysia… Apa salahnya kalau hati dah sayang. Soal jodoh serahkan pada Tuhan. Kalau ditakdirkan dia bukan milik kau. At least dia pernah buat kau happy kan?”

“ Takpe ke kalau orang couple ngan dia?” Qaisara menyoal lagi.

“ Tu la akak cakap. Tepuk dada tanya hati. susah-susah sangat buat solat istikharah. Mintak petunjuk. Daniel ada mintak couple ke?” soal kak Lina lagi. Soalan aku tak jawap jugak budak ni.

“ Dia ada tanya hari tu. Orang diam je. Dia tunggu jawapan dari orang la” Qaisara bersuara perlahan. Sukarnya membuat keputusan. Kenapa la kau Kristian… kalau Muslim dah lama aku terima.

Danish Daniel Calvin. Lelaki berkulit sawo matang itu memang calon teman lelaki idamannya tetapi perbezaan agama membuatkan Qaisara buntu. Daniel amat pandai menjaga hatinya. Tatkala dia terleka soal agama, Daniel yang mengingatkannya. Kadang-kadang dia malu sendiri apabila Daniel bertanyakan tentang tokoh-tokoh Islam terkenal melalui buku-buku yang dibacanya. Daniel lebih gemar berbicara soal Islam berbanding agamanya sendiri. 

Pernah Daniel mengingatkannya supaya tidak mengucapkan Selamat Hari Natal kepadanya. Qaisara hanya mampu mengangguk tanpa banyak soal kerana dia sendiri tidak gemar mencampuri urusan agama anutan lelaki itu. Takut jadi isu sensitif pula. Aduh… susahnya nak buat keputusan.

*

“ Terima kasih ye wak sebab sudi terima saya. Saya janji saya akan mencintai awak sampai akhir hayat saya. Saya jugak janji saya akan bahagiakan awak sampai akhir hayat awak” Daniel tersenyum bahagia apabila Qaisara menerima cintanya. Janji yang dilafaz bukan hanya sekadar di bibir malah telah disematkan ke dalam hatinya. Qaisara Adni akan menjadi suri hidupnya suatu hari nanti.

“ Saya tak berani menjanjikan apa-apa kepada awak. Soal masa depan rahsia Tuhan. Insyaallah saya doakan yang terbaik untuk kita. Andai awak bukan jodoh saya sekalipun, sekurang-kurangnya saya bersyukur berpeluang mengenali awak” Qaisara membalas janji yang baru diucapkan Daniel. 

Dia sendiri masih ragu-ragu dengan keputusannya. Namun setelah diambil kira nasihat rakan-rakan dan bayangan lelaki dalam mimpi selepas solat istikharahnya membuatkan dia nekad menerima cinta Danish Daniel Calvin. Soal jodoh rahsia Allah.

“ Mesti mama happy sebab awak dah terima saya” ujar Daniel tersenyum.

“ Mama awak tau ke pasal kita?” Qaisara membulatkan matanya.

“ Mesti la tau… Saya kan anak lelaki kesayangan mama”

“ Yela tu awak…” Qaisara tersenyum malu.

Moga bahagia ini berpanjangan ya Allah… Berikanlah dia hidayahMu…

*

“ Selamat hari lahir Qaisara Adni. Ni hadiah untuk awak” Daniel menghulurkan bungkusan hadiah kepada kekasih hatinya.

“ Terima kasih wak… Apa ni?” Qaisara tersenyum girang.

“ Bukak la”

Tanpa membuang masa Qaisara segera membuka bungkusan hadiah tersebut. Sehelai selendang putih terbias di layar kornea. Cantiknya…

“ Saya suruh mama belikan masa dia pergi Dubai hari tu. Kalau awak rindu saya. Awak letak la selendang ni atas muka awak. Sure kurang sikit rindu awak tu”

“ Mama tak tanya ke kenapa awak nak selendang ni?”

“Mama ada tanya untuk siapa. Saya cakap untuk bakal menantu mama. Mama cakap kalau dah suka bawa la jumpa mama. Kita jumpa mama ye?” 

“ Jumpa mama awak? Segan la”

“ Nak segan apa… Nanti nak jadi menantu dia jugak”

“ Ok la tapi awak jangan tinggal saya sorang-sorang lak nanti”

“ Yes madam” Daniel membalas sambil mengangkat tangan membuat tanda tabik hormat.

Mereka tertawa serentak. Bahagia.

*

Pertemuan dengan keluarga Daniel amat membahagiakan Qaisara. Ternyata keluarga Daniel memang satu Malaysia. Abang sulungnya berkahwin dengan wanita Melayu. Kerana itulah ibu bapa Daniel tidak kisah sekiranya dia berkawan rapat dengan gadis Melayu. Bapanya berketurunan India. Ibunya berketurunan Cina. Kerana itulah Daniel lebih mirip seperti lelaki Melayu. 

Puan Daisy sempat bergurau yang keluarga mereka sangat unik. Semua perayaan utama di Malaysia akan disambut oleh mereka. Dari perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina hinggalah sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Malah Daniel sendiri turut berpuasa bersama-sama abang dan kakak iparnya. Cuma tidaklah setiap hari. Selang sehari dia akan berpuasa. Tidak tahan katanya.

Qaisara hanya mampu berdoa agar Daniel akan menerima hidayah agar segala impian lelaki itu akan menjadi kenyataan. Amin…

*

Qaisara memandang hampa skrin laptopnya. Emel yang ditunggu-tunggu masih tidak kunjung tiba. Hatinya kian celaru. Dia ada masalah ke? Sms tidak berbalas. Panggilan telefon juga tidak berjawap.

“ Daniel tak hantar khabar berita lagi ke Qai?” kak Lina menyoal selepas melihat Qaisara seolah-olah hanyut dalam alam ciptaannya sendiri.

“ Takde kak. Dia dah lupakan saya kot” Qaisara membalas sayu. Terasa ingin tumpah air mata yang ditahannya sejak tiga bulan yang lalu.

“ Sabar la…” hanya itu yang mampu diluahkan kak lina. Dia sendiri hairan mengapa Daniel tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita.

“ Orang ada buat salah ke kak? Kenapa dia tiba-tiba senyap macam tu je? Kalau dia dah tak nak kat orang, bagitau la… Orang boleh terima. Ni diam je…” air mata yang ditahan tumpah akhirnya. Tangannya memegang selendang putih pemberian Daniel.

“ Nangislah Qai kalau itu boleh legakan sikit hati Qai” kak Lina segera memeluk Qaisara. Dia sendiri sendu melihat penderitaan Qaisara. Bila hati sudah mantap mencintai, badai pula melanda.

*

Qaisara berjalan perlahan menuju ke arah wanita separuh umur yang sedang duduk di sudut restoran kegemarannya dan Daniel. Panggilan dari Puan Daisy amat mengejutkan Qaisara. Hatinya berdetak kencang. Apakah yang berlaku?

“ Maafkan auntie Qaisara. Ambil masa Qaisara. Auntie ada benda nak bagi pada Qaisara ni. Surat dari Daniel”

Hati Qaisara kian laju berdetak. Hanya surat? Mana orangnya? Dia dah tak ingin jumpa aku ke?

“ Mana Daniel auntie?” Qaisara menyoal.

“ Qaisara balik la dulu. Kemudian baca surat ni. Semua jawapan ada dalam surat ni” Puan Daisy cuba menahan getar suaranya.

*

Qaisara membuka surat pemberian Daniel dengan tangan bergetar.

Assalamualaikum,

Qaisara Adni, permaisuri syurga…
Maafkan Daniel sebab buat Sara menangis mencari Daniel. Boleh kan Daniel panggil Sara ‘ Sara ’? biar la Daniel sorang je yang panggil Sara dengan nama tu. Kalau Sara baca surat ni maknanya Daniel dah takde kat dunia ni. Daniel tak tau Daniel sakit. Sampai la satu hari Daniel jatuh pengsan. Doktor cakap tumor otak. Peringkat kritikal. Daniel makan ubat yang doktor bagi. Daniel ikut semua nasihat doktor tapi bila doktor suruh buat pembedahan, Daniel tolak. Daniel takut tak dapat jumpa sara lagi. Tapi mama cakap kalau Daniel tak buat pembedahan tu, nanti mungkin Daniel tak dapat jumpa sara langsung. Daniel ikut cakap mama. Pembedahan pertama dengan kedua berjaya. Tiga bulan Daniel dalam hospital. Daniel taknak bagitau Sara sebab tak nak Sara risau. Esok pembedahan terakhir. Daniel takut sangat. Daniel takut tak dapat jumpa Sara lagi. Daniel teringin sangat nak jadi imam Sara. Hati Daniel asyik ingat Sara je.

Sara,
Kali pertama Daniel pandang Sara, hati Daniel dah terpaut. Tapi Daniel takut. Kita berbeza agama dan budaya. Sebab tu senyap-senyap Daniel duduk belakang Sara hari tu. Tak sangka pulak Daniel dapat surat dari Sara. Lucu kan bila ingat balik bila kena marah sebab bising dalam kelas. Nervous sangat masa Daniel nak tegur Sara. Tu yang sampai terhulur tangan nak bersalam dengan Sara tu. Tapi Daniel nekad nak luahkan perasaan Daniel kat Sara bila kita dah mula rapat. Mama yang banyak banyak bagi sokongan kat Daniel. Daniel happy sangat bila sara terima cinta Daniel. Tuhan je yang tau perasaan Daniel masa tu.

Sara,
Maafkan Daniel sebab tak dapat tunaikan janji Daniel pada Sara dulu. Daniel janji nak bahagiakan Sara sampai akhir hayat Sara tapi Daniel tak mampu. Takdir tak menjanjikan kita bersama. Andai suatu hari nanti Sara jumpa jodoh Sara, Sara jangan lupa Daniel ye? Biar la Daniel duduk diam-diam dalam hati Sara. Daniel janji Daniel takkan buat Sara serba salah kalau Sara dah jumpa jodoh Sara nanti. Daniel nak lihat Sara bahagia. Sara jangan nangis lama-lama ye sebab Daniel? Daniel sayang Sara sampai akhir hayat Daniel tapi nyawa Daniel hanya pinjaman. Sampai masanya Daniel harus pergi dan masa Daniel dah sampai. Sara jaga diri ye… Jangan lupa Dia…


Yang ikhlas mencintaimu keranaNya,
Muhammad Danish Daniel bin Abdullah



Ya Allah…Tiba-tiba Qaisara merasakan dunianya kelam!

*

10 Disember 2010

“ Daniel… Saya datang lagi. Ini kali terakhir saya akan jenguk awak di sini. Lepas ni saya hanya mampu doakan awak dari jauh je… Saya janji saya akan simpan awak di sudut hati saya yang paling dalam. Awak dah tunaikan janji awak untuk mencintai saya hingga akhir hayat awak. Kini, giliran saya pula”

“ Daniel… Esok saya akan bernikah. Dia lelaki yang baik Daniel. Fizikalnya lebih kurang awak je tau. Rupanya dialah lelaki yang muncul dalam istikharah saya dulu. Awak doakan saya bahagia ye Daniel? Saya sayangkan awak Daniel tapi betul cakap awak. Takdir tak menjanjikan kita bersama. Saya harap awak akan dapat bidadari syurga yang akan menemani awak nanti. Semoga awak tenang disampingNya…”

Qaisara menuangkan air mawar ke atas pusara lelaki yang pernah dicintainya sepenuh hati. Surah Yaasin dimasukkan ke dalam beg tangannya. Dia membetulkan selendang putih pemberiaan Daniel. tidak disangkanya selendang putih pemberian Daniel akan dipakainya setiap kali berkunjung ke pusara Daniel. Hari ini tiada lagi air mata yang mengiringi kepulangannya dari pusara Daniel.

Qaisara melangkah tenang dari pusara kekasih hati yang pernah membahagiakannya dan kemboja pun berguguran…


~TAMAT~


p/s: sebarang komen & kritikan amat dihargai


komen penuh di facebook


HOTTEST ♡ 2PM