Bunga bukan sebarang bunga, Bunga datang dari Langkawi. Chengkeh bukan sebarang Chengkeh, ini Chengkeh keturunan Mahsuri

antara Kenari dan Harimau Malaya


semalam aq tgk game mas vs singapore
apa yang boleh aq katakan
team malaysia masih perlu baiki BANYAK kekurangan
aq bukanlah nak hentam ke apa
sebab bukan aq yang berada di atas padang
sekadar menonton live dari tv1
betol cakap c boy masa game kat singapore dulu
defender MAS main hampeh
bukannya aq nak kutuk tapi selaku orang yang memerhati
aq boleh nampak 'kelompangan' benteng pertahanan negara
bukan sekali dua player singapore boleh berada di depan gawang gol
dan defender MAS berada di belakang mereka
keseluruhan game semalam aq dah agak MAS akan kalah dari segi agregat
yes~! aq sokong team MAS
tapi sekurang-kurangnya aq berpijak di bumi yang nyata
kalah menang adat pertandingan
dan mutu permainan team MAS masih BANYAK yang perlu dibaiki
aq taw akan munculnya ayat

"kalau kalah kutuk habis-habis. kalau menang puji sampai ke langit"

aq tak kutuk game semalam
(walaupun pakwe kazen aq men jugak semalam)
tapi hakikatnya sebagai orang yang memerhati
walau hanya dari kaca TV (mungkin aq tak nampak apa yang orang di stadium nampak)
team MAS
perlukan benteng yang lebih kukuh dan penyudah yang lebih kemas dan tajam
takkan nak mengulit kenangan zaman Mokhtar Dahari sahaja
cipta zaman kegemilangan yang baru
biar menjadi lagenda seperti beliau

takkan nak harapkan kat Khairul Fahmi jer
takkan nak harap kat Safee Sali jer
THIS IS TEAM MALAYSIA AND WE SHOULD PLAY AS A TEAM

menyorot kembali penglibatan aq dalam dunia peminat bola sepak bermula sejak sekolah rendah
arwah tokwan aq yang mengajar aq apa itu bola sepak
setiap kali ada game dy akan datang umah aq
tengok bola dengan ayah aq, adik lelaki aq dan aq
so aq memang peminat setia HIJAU KUNING
aq melihat jatuh bangunnya Sang Kenari
tapi aq tak pernah berhenti menyokong mereka
zaman sekolah memperlihatkan betapa gilanya aq dengan LIGA M
ntah berapa kali aq curi-curi tengok bola kat dewan makan or kat bilik rehat
(takleh tengok TV kalau bukan hari cuti)
walau tak pernah kantoi tapi hampir kantoi
tapi sejak aq masuk U
aq dah jarang tengok bola
TV pon ada 1 ja untuk 1 blok
nak tengok kat mapley?
aq segan kot kalau ada banyak lelaki
walaupun aq bukanlah peminat fanatik EPL tapi aq minat CHELSEA
so aq bukanlah orang yang buta bola sepak
malah kalau tanya kawan-kawan lelaki aq
aq boleh 'masuk geng' ngan dorang sebab aq boleh berborak pasal bola
maybe sebab aq agak 'boyish' sejak kecik dan bola sepak juga permainan aq masa kecik

harapan aq satu hari nanti kita boleh melihat team MAS
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
kalau tidak mampu pada tahap World Cup tetapi biarlah
sekurang-kurangnya orang Asia kenal betapa garangnya HARIMAU MALAYA

bola itu bulat
tiang gol itu segi empat
padang itu rumput dan tanah
kun fa ya kun

Before you assume, learn the facts. Before you judge, understand why.


HOTTEST ♡ 2PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan