lahir dalam timbunan Ringgit Malaysia
kerana itu aku kenal erti payah
aku bukan bangsawan
zaman sekolah terpisah dan punya kelas tersendiri
kerana itu aku kenal istilah ikat perut
aku bukan bangsawan
selalu menghadiri majlis keraian aristokrat
kerana itu aku tahu mahalnya rezeki
aku bukan bangsawan
sentiasa dingin walaupun panas terik
kerana itu keringatku mengalir seiring bahang mentari
aku bukan bangsawan
tidur lena tanpa risau akan hidangan untuk esok
kerana itu aku ngeri memikir nasib pewarisku
dan kerana aku bukan bangsawan
aku tahu peritnya hidup
dewan kuliah 3b301
fssk, UKM
26/01/2011
9.21 pg
dari facebook
Have you ever lived my life, or spent one minute in my shoes? If you haven't, then tell me why you judge me like you do.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan