adalah dimaklumkan aq demam selama hampir seminggu
iaitu selama 5 hari yer alien-alien semua
3 hari aq takleh bangun langsung
hari 2nd suara aq hilang
si boy bangang tu punya la gelakkan aq macam setan
dy cakap suara aq macam penguin
aq rasa macam suara dolphin comel jer
badan punya la panas sampai semua jerawat pendam kat muka aq ni masak la
semuanya naik kuning dan ranum (best picit)
padahal sebelum ni dok pendam kot dalam jer tak masak-masak
badan punya la panas sampai semua jerawat pendam kat muka aq ni masak la
semuanya naik kuning dan ranum (best picit)
padahal sebelum ni dok pendam kot dalam jer tak masak-masak
mwahahahah
so aq mc 2 hari
lagi 2 hari aq off day
hari ni baru aq masok keja
bosan kot dok umah terlentang jer (walaupun hobi tidur)
aq makan ubat tanpa disuruh
yes~!
satu pencapaian yang sangat membanggakan~!
ingat senang ke aq nak makan ubat
tanya la sape-sape yang penah tengok aq makan ubat
macam kena paksa telan bom
okeh selesai cerita aq demam
kata orang alim
sakit itu penghapus dosa kecil
tu jer nak gitaw sebenarnya
ari ni aq bangun tido kui 12 tengah hari
yes...
memang aq anak dara..
ada aq kesah?????
semalam aq takleh tido
sampai pukul 8 pagi mata aq bulat elok macam mata orix (kucing kazen aq la)
aq rasa tu sebab aq tido banyak sangat masa demam ri tu..
ish~!
so aq bangun bersiap-siap
berbaju kurung biru (baju kurung MMP UKM 2008)
aq pon keluar la dengan kereknya (bukan ada orang tengok pon)
sambil dok panas enjin kuda Wave aq tu (motor pinjam)
aq main acilut ngan afnan jap
anak jiran sebelah
baru belajar bercakap
chomel giler hokeh~!
then aq teros merempit ke kampung halaman
ahahahhaha
da masuk keje lewat tapi balik kampung pulak
tapi aq memang nak sangat jumpa mak aq
aq taktau nape dari semalam aq nak sangat jumpa mak aq
aq tengok langit macam nak ujan
aq pakai jaket jeans jer
dengan backpack ijau pucuk pisang aq galas kat belakang (ada lappy)
handbag dalam bakul motor
baru suku jalan aq dah kena simbah ngan hujan lebat giler hokeh~!
sampai agak tak nampak jalan la
masa tu aq nampak muka mak aq jer
dalam ati aq
apa nak jadi, jadi la.. nak lencun ker nak kuyup ker..
janji aq nak tengok mak aq ari ni jugak
punyala la lebat hujan
kalau aq naik kereta ada la wiper tolong lap cermin kereta
oleh kerana aq minah rempit solehah
aq guna wiper tangan jer lap cermin helmet aq
siyes tak nampak jalan
aq takdela wat perangai pelesit aq pecut dari kuah ke padang matsirat 15 minit jer
giler...????
kang mak aq yang kena gi jenguk aq spital
tu la..
demi nak jugak tengok mak aq, aq sanggup guna wiper tangan~!
balik umah bukan watpe pon..
balik lunch~! ahahah
pastu bagi tips exam kat adik aq Mardhiatul Nabilah
dy trial UPSR esok
aq takleh nak ajar dy hari-hari pasal aq dok jauh
tapi tiap-tiap minggu aq balik check buku latihan yang aq belikan kat dy tu
(baiknyer kakak mithali ni :P)
pastu aq berjoyah la dengan satu-satunya waris dalam family aq
cis~! mesti dy bangga siot kalau baca blog nih
borak-borak pasal masa depan dy la
chef wannabe.. amin...
aq kalau sembang ngan dy ni..
satu hari pon tak cukup..
pastu aq g jenguk tok aq aq jap
aq belikan dy bedak untuk ruam
aq suruh dy guna time malam
borak-borak sikit ngan dy then aq balik ke kuah
pukul 3 baru masuk kerja
ahahahhaha
bagus giler pekerja macam ni kan?
bos aq outstation
sebab tu aq berani buat
ahahahha
pukul 7.30 aq terpaksa balik pasal staf cosway makcik aq da start tarik pintu besi
giler tak balik?
kang dorang terkunci aq dalam tu sape nak jawap?
aq dah tengah syok wat kerja last-last aq bawak balik wat kat umah
huhuhhu
sok bos aq tanya leh la aq tunjuk walau dy tak mintak pon
huh~
tu jela kot cite aq
panjang sial
lantak la..
nak baca
baca..
taknak?
tak kesah..
At night I can't sleep. In the morning I can't wake up
Tiada ulasan:
Catat Ulasan